Halaman

Isnin, 29 Disember 2014

Pembangkang berfikiran cetek, sengaja politikkan isu percutian Najib - Syed Ali

DATUK Seri Syed Ali Alhabshee membidas pemimpin parti pembangkang yang terus mempolitikkan isu percutian Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawai baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menyifatkan pembangkang sudah kehabisan modal untuk mencemarkan reputasi Perdana Menteri walaupun Najib sudah pun memberi penjelasan mengenai tujuan sebenar belaiu bersama Obama.

Lagipun jelas beliau, semasa Najib berada di luar negeri tugasnya dilaksanakan oleh timbalannnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut diberikan tanggungjawab sepenuhnya menangani bencana banjir.

"Tidak ada yang peliknya, Muhyiddin telah melakukan tugasnya sepertimana yang diamanahkan oleh Najib, cuma pembangkang yang sengaja mencetuskan kontraversil untuk agenda politik," katanya.

Beliau juga kesal pemimpin pembangkang berterusan mempolitikkan isu benacana banjir untuk memburuk-burukkan kepimpinan Najib.

"Pembangkang sengaja memusingkan fakta, sebarkan tohmohan yang bukan-bukan walaupun Perdana Menteri kini sedang sibuk bersama rakyat yang dilanda musibah banjir," tegasnya.

Katanya, walaupun Najib yang juga Presiden UMNO bercuti sambil bermain golf dengan Prsiden AS tetapi peluang itu digunakan sebaik mungkin bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua negara.

Beliau berkata, peluang mengadakan pertemuan dengan Presiden AS itu bukan perkara mudah dan ianya amat penting ketika Malaysia kini mengangotai kerusi  Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Syed Ali menempelak pemimpin pembangkang yang hanya tahu bercakap tetapi jahil untuk memahami dasar pentadbiran dan hubungan luar negara.

"Najib sudah pun memberi penjelasan sekembalinya ke tanahair dengan memendekkan percutiannya kerana prihatian dengan bencana banjir melanda negara," ujarnya.

Sambil menyifatkan pembangkang sengaja mempolitikkan isu percutian Najib, Syed Ali mendakwa perbuatan seperti itu sebagai tidak bertanggungjawab.

"Ternyata pemimpin pembangkang berfikiran cetek, tidak tahu membezakan antara kepentingan negara dan rakyat, Najib telah melaksanakan semuanya itu degan baik.

Tambahnya lagi, pembangkang hanya berpeluk tubuh ketika banjir melanda dan mencari kesilapan pihak kerajaan untuk dijadikan modal politik.

"Di mana pemimpin pembangkang, di mana Anwar Ibrahim, Wan Azizah Ismail, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mana Haji Hadi Awang ketika mangsa banjir memerlukan bantuan,? soal beliau.

Beliau mengingatkan pemimpin pembangkang supaya lebih jujur terhadap kepentingan rakyat dan tidak membuat penilaian sempit berasaskan kepentingan politik semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan