PEMIMPIN UMNO perlu bangun dan bertindak lebih aggresif mempertahankan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi sasaran serangan pembangkang dengan pelbagai tohmohan dan fitnah.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, pemimin UMNO terutama barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) perlu bingkas dan tampil ke depan menangkis pelbagai isu yang disasarkan kepada Perdana Menteri yang juga presiden parti.
Beliau kecewa melihat 'gelagat' pemimpin parti yang tidak peka dan seolah-olah membiarkan Najib keseorangan menepis serangan fitnah bertali arus yang dilakukan pembangkang terutama menerusi laman-laman sosial.
Katanya lagi, pemimpin UMNO disemua peringkat juga termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sepatutnya menjadi perisai mempertahankan kepimpinan Najib daripada diasak pembangkang.
"Saban hari kita baca menerusi laman-laman sosial, ada saja fitnah pembangkang terhadap Najib, tetapi malangnya tuduhan itu tidak ada tindak balas daripada pemimpin UMNO, langsung tidak ada respon, ini yang amat mengecewakan," tegasnya.
"Kita yang pilih Najib sebagai presiden parti, maka kita sepatutnya bertanggungjawab mempertahankan kepimpinan beliau dan sekaligus menjadikan UMNO sebagai parti yang kuat bagi menjaga kepentingan orang Melayu.
Oleh sebab itu katanya, pemimpin UMNO tidak boleh melenting jika ada dakwaan mengatakan ada sesetengah pemimpin UMNO yang 'tidur' kerana persepsi itu berdasarkan kepada apa yang berlaku hari ini.
Beliau mengingatkan bahawa apa sahaja fitnah jika dibiarkan tanpa sebarang jawapan akhirnya akan menjadi cerita fitnah tersebut seolah-olah seperti benar yang boleh mengelirukan perhatian rakyat.
Sebagai pemimpin parti kata beliau, sepatutnya mereka berani mencelah dan menyerang balik pembangkang dengan hujah-hujah yang boleh menampakkan UMNO masih kekal relevan.
"Jika kita sayangkan presiden dan timbalan presiden parti, sepatutnya kita berani menentang pembangkang, bukannya mengambil sikap berdiam diri serta tunggu dan lihat," tegasnya.
"Kadangkala kita sedih melihat Najib diserang bertubi-tubi oleh pembangkang, di mana pemimpin tertinggi UMNO? mengapa biarkan Perdana Menteri keseorangan ?, soal beliau lagi.
Pemimpin UMNO kata beliau, sepatutnya berani untuk menjawab apa sahaja tomohan dan fitnah yang dilemparkan kepada Najib.
Syed Ali berkata, pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mahfuz Omar, Rafizi dan beberapa pemimpin PKR antara mereka yang dilihat begitu aggresif menyerang Najib secara terbuka.
Katanya, menerusi laman-laman sosial, portal berita dan media cetak pro-pembangkang mereka (pembangkang) melakukan serangan propaganda secara terancang mencemarkan reputasi Najib selaku Perdana Menetri dan Presiden UMNO.
Menurut beliau, pemimpin UMNO tidak perlu berasa gentar dan takut untuk berdepan dengan Lim Kit Siang atau Rafizi kerana tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan adalah tidak berasas dan bermotifkan agenda politk pembangakng.
"Di mana pemimpin UMNO ? yang ada hanya beberapa kerat sahaja yang berani bersuara seperti Nazri Aziz yang lantang mematahkan serangan pembangkang," tegasnya.
Beliau menambah, kepimpinan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak termasuk daripada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi.
"Kita kena jujur dan ikhlas kepada pucuk pimpinan sebab kita yang memilih mereka, oleh sebab itu menjadi tanggungjawab ahli-ahli parti mempertahankan kedudukan Najib daripada menjadi mangsa serangan rakus pembangkang," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali bersetuju dengan kenyataan Nazri bahawa kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Najib sebagai teguran ikhlas dan berniat baik.
"Nazri telah memberi satu kenyataan baik yang boleh dijadikan contoh, dia terima kritikan dengan positif dan beranggapan kritikan Tun. Dr. Mahathir sebagai wajar demi mengukuhkan perjuangan parti dan kerajaan," katanya.
Tak payah la nak mempertahankan Najib, Najib sendiri pun tak pertahankan maruahnya.
BalasPadamMana ADA telur BERANI NGAN MELAYU SAHAJA, NGAN DAP KECUT TELOR..... ITULAH UMNO SKRNG.
BalasPadam