Halaman

Rabu, 3 Disember 2014

MCA tidak perlu ikut rentak pembangkang, jangan menggelabah

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SAYA merujuk kepada kenyataan Datuk Lua Choon Han di dalam The Star Online yang bertajuk : "MCA to Syed Ali - Don't Judge an article by its title,". 

Hakikatnya tidak wujud istilah "judge a book by its cover" sepertimana yang didakwa oleh Lua Choon Han itu.

Saya tidak pernah membuat kenyataan semborono tanpa membuat sebarang penelitian mendalam terhadap sesuatu isu.

MCA dan Wee Ka Siong tidak perlu menggelabah dengan kenyataan yang saya keluarkan itu.

Sebaliknya beliau perlu menegur portal berita Rakyat Post kerana telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendiorain beliau sebagai salah seorang menteri dalam kabinet kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Saya ingatkan bahawa MCA perlu faham corak dan peranan media populis pro-pembangkang ini. Mereka gemar memutar belit dan menyelewengkan fakta cerita sebenar demi melariskan berita mereka.

Saya ingin mengingatkan pemimpin MCA agar tidak perlu terikut-ikut dengan senario itu, jika apa yang dilaporkan itu tidak benar, maka ambillah tindakan yang sepatutnya, jangan berdiam diri.

Ini kerana sesuatu isu itu perlu dijawab bagi mengelak kekeliruan banyak pihak.

Untuk rekod, Syed Ali pada 29 November lalu mengecam keras tindakan pemimpin MCA yang dilihat mempersoalkan keputusan Perdana Menteri mengekalkan Akta Hasutan 1948.


Menerusi umnobahagiancheras.blogspot.com, beliau menegaskan pemimpin parti BN dinasihatkan jangan biadap, kurang ajar dan tidak menghormati UMNO sebagai parti induk BN dalam meluahkan sebarang kenyataan termasuk Akta Hasutan 1948. 

Sebarang perkara yang diputuskan Najib  semasa ucapan Dasar Presiden UMNO semasa perhimpunan parti itu pada 27 November yang mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948 perlu dihormati oleh semua pihak termasuk pemimpin parti komponen.

Syed Ali berasa cukup kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong (gambar) dalam portal berita The Rakyat Post bertajuk, ‘UMNO Decides everything? MCA also not consulted on retention of Sedition’ (UMNO memutuskan segala-galanya, MCA juga tidak diminta mengenai pengekalan akta hasutan).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib belum muktamad dan belum dibincangkan serta disahkan dalam mesyuarat kabinet.


“Saya berasa cukup kesal apabila Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri DiJabatan Perdana Menteri, Wee Ka Siong mendakwa UMNO memutuskan segala-galanya dalam BN. Apa yang UMNO dan BN buat selama ini membelakangkan parti komponen? tegas Syed Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan