Beliau berkata, Timbalan
Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy sengaja membangkit semula isu tersebut bertujuan
mencetuskan kegelisahan kaum tertentu sedangkan kerajaan sudah memutuskan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng di bawa
pulang ke Malaysia.
“Ia berniat jahat, cuba
cetuskan kemarahan satu kaum terhadap kerajaan, berbau rasis dan tidak
bertanggungjawab,” tegas ketua UMNO Bahagian Cheras itu.
Menurutnya, tindakan
Putrajaya berbuat demikian kerana kerajaan mengambilkira perasaan keluarga
angkatan tentera, anggota polis dan orang awam yang telah terkorban atau
menjadi mangsa kekejaman komunis pimpinan Chin Peng.
“Rakyat di negara ini
terutama orang Melayu masih mengingati keganasan dan perbuatan tidak berhati perut pengganas komunis di bawah
pimpinan Chin Peng sewaktu di zaman darurat,” ujarnya.
Tambah beliau, Chin Peng
bukan lagenda atau tokoh sejarah sebaliknya seorang pemimpin komunis yang sarat
dengan kekejaman dan keganasan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat negara
ini.
“Ramai isteri pasukan
keselamatan menjadi janda, anak menjadi yatim piatu, ibu kehilangan anak, rumah
di bakar malahan polis dan tentera serta orang awam dibunuh kejam,” tambahnya.
Keganasan dan perbuatan
zalim itu jelas beliau, tidak boleh dimaafkan dan tindakan kerajaan melarang
abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke negara ini merupakan satu keputsuan tepat
dan mendapat sokongan rakyat.
Beliau mendakwa tindakan P.
Ramasamy membangkitkan semula dan mempertikaikan keputusan kerajaan berhubung
isu abu mayat Chin Peng mempunyai agenda politik dan berbau perkauman.
“Perkara itu dibangkitkan
ketika genap setahun kematian Chin Peng (2 Disember), ini memberi gambaran
seolah-olah pemimpin DAP mendewa-dewakan pemimpin PKM itu yang mereka sifatkan
sebagai pejuang kemerdekaan tanahair,” katanya.
Tambah beliau lagi, Chin
Peng tidak boleh ditafsirkan sebagai pejuang kemerdekaan kerana idealogi
komunsinya bertentangan dengan perlembagaan negara.
Dalam portal berita The Malaysian Insider hari ini, P.
Ramasamy melahirkan rasa kesalnya kerana Putrajaya enggan membenarkan abu mayat
Chi Peng di bawa dari Thailand, selepas 25 tahun perjanjian damai menghentikan
pemberontakan komunis.
P. Ramasamy juga berkata
beliau mahu menyatakan pandangannya berhubung isu itu kerana keluarganya dan
keluarga Chin Peng pernah berkawan.
“Saya bukan bercakap
mengenai perkara itu kerana saya ahli politik. Saya juga berasal dari Setiawan,
Perak sama seperti Chin Peng. Bapa saya dan bapa dia berkawan,” katanya.
Mengulas lanjut, Syed Ali
berkata isu komunis dan Chin Peng tidak seharusnya dikaitkan dengan kepentingan
peribadi kerana kekejaman PKM tidak boleh dimaafkan.
“Kita tidak boleh melihat
daripada sudut peribadi, Chin Peng adalah komunis dan PKM pula satu pertubuhan
yang diharamkan di negara ini,” tegasnya.
Beliau mengecam keras Timbalan
Ketua Menteri Pulau Pinang itu sambil menegaskan keselamatan dan ketenteraman
rakyat serta negara tetap menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Tegas beliau, kerajaan
tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak, kumpulan atau individu yang
mempuyai kaitan dengan ideologi komunis.
Sebelum itu, agensi berita
nasional BERNAMA melaporkan Menteri Dalam
Negeri di petik sebagai berkata Putrajaya tidak akan membenarkan abu mayat Chin
Peng di bawa pulang ke Malaysia.
datuk, I agree with you. no ash or ass to be in this country if you know what I mean
BalasPadam