DATUK Seri Syed Ali Alhabshee berkata Amerika Syarikat (AS) tidak perlu untuk berterusan menjadi 'polis antarabangsa' kerana masyarakat dunia sudah berubah tanggapan terhadap negara berkenaan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, AS tidak sepatutnya untuk cuba mencampuri urusan dalaman negara tertentu terutama berkaitan dengan isu politik dan keselamatan.
Katanya, daripada mencampuri urusan dalaman sesebuah negara adalah lebih baik bagi AS membetulkan kepincangan yang berlaku di negara mereka.
"Zaman untuk AS berlagak sebagai negara polis telah berakhir, era sekarang tidak sama seperti dulu, masyarakat antarabangsa sudah menolak cara sedemikian," tegasnya.
"Amerika Syarikat jangan jadi macam ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan sedangkan jalannya sendiri tidak betul.
"Amerika Syarikat jangan jadi macam ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan sedangkan jalannya sendiri tidak betul.
Beliau mendakwa, AS sendiri masih lagi menggunakan 'Patriot Act' yang menyamai dengan ISA dalam isu keselamatan negaranya sedangkan di Malaysia ISA sudah pun dimansuhkan.
Sehubungan itu katanya, tindakan Naib Presiden AS, Joe Biden bimbang dengan tindakan kerajaan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagai tidak berasas dan mencampuriti urusan negara ini.
"Dia tidak berhak bercakap mengenai perkara itu (Akta Hasutan) dan tiada kaitan langsung dengan tekanan terhadap parti pembangkang di negara ini," tegasnya.
Beliau berkata Biden sepatutnya terlebih dahulu menyemak semula 'keadilan' AS terhadap mangsa tahanan di negara tersebut.
"Biden juga perlu memahami keadaan keselamatan di Malaysia sebelum membuat kenyataan atau pandangan tidak bijak," katanya.
"Melihat kepada kenyataan itu, beliau seolah-olah dipengaruhi oleh pihak pembangkang. di negara ini
Beliau turut mengecam keras tindakan Naib Presiden AS itu yang menunjukkan simpati terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Adalah tidak berasas untuk beliau membayangkan Akta Hasutan akan memberi tekanan kepada pihak pembangkang, itu tanggapan salah dan tidak tepat," tegasnya.
Katanya, persepsi yang dilontarkan oleh Biden itu agak liar dan tidak disenangani oleh rakyat negara ini.
Syed Ali berkata, isu sabitan liwat Anwar tidak ada mengena dengan kerajaan dan pengekalan akta berkenaan.
"Barangkali Biden mendapat input yang salah berhubung kes liwat Anwar," ujarnya sambul menegaskan Malaysia tidak pernah mengamalkan pertuduhan terpilih keatas mana-mana individu termasuk pemimpin politik.
Menurutnya, sabitan kes liwat Anwar adalah isu peribadi beliau dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari.
"Negara ini ada undang-undang, sistem penghakiman kita adalah telus, siapa yang salah terimalah akibatnya," tegas beliau.
Syed Ali mengulas kenyataan Biden dalam laman sosial yang melahirkan kebimbangannya terhadap apa yang didakwanya sebagai tekanan terhadap pembangkang di Malaysia dengan penggunaan Akta Hasutan dan undang-undang lain.
Biden juga menyentuh tentang kes rayuan terakhir Anwar Ibrahim terhadap sabitan kes liwat terhadapnya.
Menulis di Twitter semalam, Biden mendakwa bahawa di tengah-tengah pertumbuhan hubungan AS-Malaysia, tindakan kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang, menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang.
Menurut Syed Ali lagi, negara ini tidak pernah menggunakan undang-undang termasuk Akta Hasutan untuk menekan mana-mana parti politik pembangkang.
"Kita melasanakan undang-undang kerana ingin memulihara kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara ini," ujarnya.
Beliau berkata, AS sepatutnya lebih memahami bahawa Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan agama yang memerlukan penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan adil untuk keharmonian semua kaum.
Datuk Seri, You are right with your statement. Their time to inject the democracy of US standard is over. We want to do it our way but still not Najib way.
BalasPadam