PEMIMPIN Pakatan Rakyat (PR) terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana tidak bersama rakyat yang sedang menderita akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri khususnya di Kelantan.
Ketua UMNO Bahagian
Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pemimpin pembangkang hanya tahu
bercakap dan mengkritik kerajaan yang sedang bertungkus lumus menangani musibah
tersebut.
Beliau mendakwa, pembangkang
hanya sibuk mengkritik pentadbiran Datuk
Seri Mohd. Najib Tun Razak kononnya lambat bertindak membantu mangsa-mangsa
banjir di pusat penempatan sementara.
“Mereka perlekehkan usaha
kerajaan membantu rakyat (mangsa banjir) tetapi sehingga kini kelibat Presiden
PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail pun tak nampak di Kelantan,” katanya.
Beliau mempersoalkan
apakah yang telah dilakukan oleh Wan Azizah, Anwar dan Lim Kit Siang (DAP)
terhadap mangsa bencana banjir seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Sebaliknya kata beliau, pembangkang
hanya sibuk mempertikaikan gambar wajah
Perdana Menteri dan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada kampit
beras yang diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Beliau menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang yang menuduh kerajaan BN mengambil
kesempatan dalam soal pemberian bantuan kepada mangsa banjir dengan meletakkan
gambar wajah pemimpin.
“Itu bukan isu, tak ada
salahnya jika kerajaan berbuat demikian, lagi pun memang patut untuk beritahu
rakyat terutama di Kelantan bahawa kerajaan BN sentiasa bersama mereka sama ada
sewaktu masa senang dan susah,” tegasnya.
“Sama ada ada gambar wajah
PM atau wakil rakyat BN tidak timbul, yang penting bantuan sampai kepada mangsa
banjir,” katanya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beliau menjelaskan,
kerajaan BN pimpinan Najib sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan telah melakukan
yang terbaik bagi meringankan beban mereka yang berdepan dengan bencana banjir tahun
ini.
Sebaliknya Syed Ali mempersoalkan
apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin pembangkang terutama Anwar yang
sebelum ini mendakwa memperjuangkan kepentingan rakyat.
Anwar katanya, sering
memperbodohkan rakyat dengan pelbagai janji dan sewaktu banjir melanda berlaku di
negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung beliau dikatakan berada di luar negeri.
“Kalau Najib boleh
pendekkan percutiannya dan bergegas pulang bertemu rakyat, mengapa pula Anwar atau
Wan Azizah tidak sanggup berbuat demikian, ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab
dan hanya mementingkan agenda peribadi,” tegasnya.
“Mereka ( pembangkang ) mempolitikkan
situasi banjir, pertikai penghantaran bantuan bekalan dan apa sahaja yang
berkaitan dengan usaha kerajaan, tetapi mereka sendiri tidak pernah turun
padang bersama rakyat.
Tambah beliau lagi,
pembangkang selama ini hanya menjadikan rakyat sebagai alat bagi menjayakan
perjuangan politik tetapi ketika rakyat dilanda musibah mereka berdiam diri.
Dalam perkembangan
berkaitan, Syed Ali turut melahirkan rasa kesalnya terhadap segelintir pihak
yang sengaja menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir menerusi laman-laman
sosial sehingga mencetuskan keresahan di kalangan rakyat.
Katanya, penyebaran
maklumat palsu atau memuat turun gambar-gambar yang telah diubah usai merupakan
perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang rasa panik orang ramai.
“Saya menyokong penuh
arahan Perdana Menteri yang mahu pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi
dan Multi Media (SKMM) mengambil tindakan
tegas terhadap penyebaran maklumat palsu menerusi laman sosial,” ujarnya.
Beliau kesal ketika sebahagian
besar penduduk di negeri-negeri yang dilanda banjir ada pula pihak yang tidak
bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menyebarkan maklumat palsu.
“Ini bukannya waktu untuk
bersuka ria atau berseronok, banjir adalah mala petaka yang meragut nyawa dan
memusnahkan harta benda, kita sepatunya prihatin dan menghulurkan bantuan
kepada yang memerlukannya,” ujar beliau.
Kalau tonton TV dan baca media cetak yang dikawal umno, boleh dikatakan hanya umno sahaja yang memberi bantuan kepada mangsa banjir........
BalasPadamPuak Pembangkang hanya pandai menyalak menyalahkan Kerajaan Pusat, puak pembangkang hanya menyusahkan Rakyat.
Padam