KUALA LUMPUR, 6, DISEMBER : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pelantikan Christop R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airline System Berhad (MAS) berkuatkuasa 1 Januari ini menjadi bukti kegagalan Khazanah Nasional dalam mencari solusi terbaik menangani masalah kerugian yang membelenggu syarikat penerbangan nasional negara.
Dalam satu kenyataan semalam Khazanah Nasional mengumumkan pelantikan Christop R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS yang baru. Mueller yang kini CEO Aer Lingus iaitu satu syarikat penerbangan Kebangsaan Ireland turut dinamakan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah MAS.
Menurut Syed Ali, sudah 57 tahun negara merdeka, tetapi kita masih bergantung kepada orang asing untuk menentukan ke arah mana hala tuju syarikat penerbangan negara kita.
“Apakah pelantikan CEO warganegara asing ini merupakan jalan terbaik untuk membawa MAS maju ke hadapan? Apakah negara kita sudah ketandusan mereka yang berbakat dan berkelayakan untuk memulihkan MAS? Sekian lama kita merdeka apakah kita masih meragui akan kebolehan dan kemampuan rakyat kita?” Soal beliau turut melahirkan rasa kesal dengan perkembangan yang berlaku dalam MAS.
Tegasnya, negara kita tidak kurang mempunyai tokoh yang berkelayakan dalam strategi memulihkan syarikat penerbangan negara antaranya, bekas Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) sendiri iaitu Nasution Mohamed kini bertugas sebagai Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Strategi Maxis Berhad.
Bahkan katanya, kemampuan rakyat kita dalam menjalankan perniagaan mega turut diiktiraf oleh negara-negara dunia.
“Lihat sahaja bagaimana kerajaan Singapura mengiktiraf fikiran dan bakat rakyat kita dengan melantik Tan Sri Hassan Merican, bekas CEO Petronas sebagai Pengarah Bukan Eksekutif SembCorp yang dikendalikan oleh syarikat milik Singapura iaitu Temasek Holdings.’ Jangan kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan’?’’ katanya.
Kata Syed Ali lagi, ironinya MAS bukanlah syarikat penerbangan komersial, sebaliknya MAS adalah syarikat penerbangan nasional yang membawa wajah dan identiti negara Malaysia.
Dalam nada tegas, Syed Ali mendesak supaya Tan Sri Azman Mokhtar mengambil tanggungjawab di atas kegagalan itu dengan meletak jawatan sebagai CEO Khazanah Nasional.
Sementara itu dalam perkembangan yang lain pula, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut melontarkan kenyataan sinis kepada syarikat penerbangan negara MAS. Katanya, MAS mengalami kerugian kerana rakyat Malaysia tidak pandai menguruskannya.
“Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangannya, sebab itu MAS rugi,’’ kata Dr Mahathir yang dipetik dari The Malaysiainsider.
suatu hari perdama menteri pun orang putih..
BalasPadammalaysia bakal dijajah semula atas kelemahan pemimpin hari ini.
nak bayar gaji orang asing tu pun dah berapa...aku pun dah naik menyampah ngan kerajaan dan wakil wakil kerajaan sekarang ni...lebih pentingkan org luar dari org sendiri...lebih melayan puak minoriti dari majoriti...jangan sampai akan datang aku terpaksa undi pihak sebelah!biar lah tanah tumpah darahku ni terlungkup...pemerintah sekarang ni pun bkn nak amik kisah pun...
BalasPadamazhar
Memang benar apa yang dikatakan oleh Dato Seri Syed , Khazanah gagal mencari alun berwibawa yang sesuai untuk dilantik sebagi CEO Mas NewCo. Sebenar nya banyak , terlalu banyak orang Malaysia berkebolehan dan juga paling pandaia mencari dan membuat peluang.
BalasPadamKita tidak perlu cepat melatah dalam soal p[erlantikan orang luar jika ianya cuma 3 tahun yang diyakini dan pasti memberi pulangan yang paling lumayan untuk Mas yang kini sudah tunggu masa diistiharkan bankrup.
Apa lagi kita mahu , selain ciri kepimpinan , paling perlu adalah intergiriti. berapa banyak CEO Glc dan lain-lain anak syarkat kerajaan yang mempunyai prinsip makan gaji' walaupun mempunyai kuasa. rasanya boleh dibilang dengan jari. Banyak contoh buruk yang dilihat apabila dilantik sebagai orang berkuasa dalam syarikat , mulanya , megambil rakan sahabat handai dan ahli keluarga untuk diberikan pekerjaan , mula mendekati 'makhluk perosak' tertentu yang bersedai menawarkan habuan untuk mendapatkan 'projek' malah dalam 1 tahun kila banyak melihat kekayaan terlampau yang melebih gaji pendapatan 1 tahun mereka bekerja , jadi adakah orang seprti ini yang diyakinbi boleh menerajui sebuah syarkat seperti Mas. Jangan lah dipolimikkan soal saiapa sebaliknya jika ada terbukti wujud seseorang bumiputtera yang mampu, maka lantik lah dan jangan ganggu dia , initidak , sebaik dilantik akan berlaku bermcam-macam ieda , kunjungan hormat lah , kuniujngan suai kenal lah. dan berbagai lagi... Jadi biarkan Khazanah buat kerja mereka
Tun M juga pernah gagal dlm pengurusan MAS dimana menjual MAS kpd Tan Sri Tajudin Ramli..bila Tan Sri Tajudin Ramli tidak mampu menguruskan MAS maka Kerajaan dipaksa ambil alih semula MAS..salah ker khazanah melantik org luar untuk mengurus tadbir MAS sedangkan LOTUS malaysia pun diurus tadbir oleh org luar..MELAYU MUDAH LUPA
BalasPadampemimpin dari dua2 belah sama ada BN mau pun Pembangkang, dua 2 kuda kayu
BalasPadam