KUALA LUMPUR, 8 DIS : UMNO Bahagian Cheras menyambut baik cadangan kerajaan untuk meminda undang-undang berkaitan rasuah dengan hukumkan lebih berat mulai tahun depan.
Ketuanya, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pengumuman Perdana Menteri mengenai cadangan tersebut merupakan langkah positif kerajaan memerangi gejala rasuah di negara ini.
Menurutnya, mereka yang melakukan kegiatan rasuah sama seperti kumpulan subversif yang boleh mengancam masa depan negara.
"Saya cadangkan pelaku rasuah ditakrifkan sebagai penjenayah dan dikenakan hukuman yang lebih berat," katanya.
Katanya, sesebuah negara akan berada dalam keadaan tidak stabil dan kacau bilau apabila sektor awan dan swasta dikuasai oleh pelaku rasuah, sama ada pemberi dan penerima.
"Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil satu pendekatan bersungguh-sungguh untuk membanteras amalan rasuah, ia satu tindakan yang perlu diberikan sokongan sepenuhnya," tegas beliau.
Cadangan tersebut tambah Syed Ali, membuktikan kerajaan memandang serius penularan gejala rasuah walaupun indek Persepsi Rasuah bertambah baik berada pada kedudukan ke-50 tahun ini daripada 175 negara.
Menurut beliau lagi, cadangan pindaan undang-undang berkaitan rasuah sepertimana diumumkan Najib hari ini (Isnin) diharap akan menjadi kenyataan.
Tambahnya, amalan rasuah kini menjadi wabak serius dan perlu diperangi habis-habsian tanpa memilih bulu.
"Rasuah berlaku di mana-mana, sama ada di sektor perkhidmatan awam, swasta, berkaitan perniagaan dan pemimpin politik, penyakit itu jika tidak dibanteras boleh meruntuhkan negara," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mahu usaha pembasmian gejala rasuah dipertingkatkan di semua sektor dan membabitkan semua pihak.
"Semua pihak kena berperanan termasuk juga rakyat, tidak hanya dipertanggungjawab kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Sepertimana didedahkan oleh Perdana Menteri bahawa punca tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini adalah berpunca daripada rasuah, ini perkara serius," ujarnya.
Menurut beliau lagi, mereka yang diberi tanggungjawab seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu amanah dan melaksanakann tanggungjawab dengan jujur.
"Kita tidak mahu bila berlaku bencana seperti tanah runtuh atau bukit di gondol, akhirnya terdedah perkara itu berlaku berpunca daripada perbuatan rasuah," katanya.
Oleh sebab itu tegas beliau, pihak yang memberi dan menerima rasuh sepatutnya dikenakan hukuman berat kerana mereka ini ibarat 'musuh dalam selimut' yang boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan.
"Saya menyokong penuh cadangan tersebut dan mahu Najib lebih tegas dalam usaha kerajaan memerangi habisan-habisan gejala arsuah.
Menerusi pindaan tersebut, kerajaan bercadang mengenakan hukuman lebih berat kepada pemberi rasuah, tidak hanya kepada penerima.
Perdana Menteri memberitahu cadangan pindaan undang-undang berkaitan rasuah di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, pagi ini.
Najib berkata, apabila kegiatan haram biasanya melibatkan habuan lumayan maka berlakulah seperti yang diumpamakan dalam peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi,'.
"Banyak lagi penyakit yang ada di kalangan rakyat kita yang perlu kita beri perhatian serius dan saya minta tindakan yang lebih tegas untuk banteras perkara-perkara seperti ini, termasuk mereka yang memberi (rasuah)," kata beliau.
betui tu tapi dia kena bermula dari kepala baru turun ke ekor.
BalasPadamkalau kena sebatan baru cantik , datuk. please propose for sebatan.
BalasPadamsatu perkara lagi , enforcement DBKL kena betui2 jujur bukan .......... ! selalu nya ada perbezaan dgn kerja2 yang di butr. cuba tengok di Bandar sri permaisuri. bila malam kedai makan bolih buka meja di atas jalan , kenapa ? seba depa ada percaturan !!!!
BalasPadam