Halaman

Rabu, 10 Disember 2014

"Jangan tuduh UM tiada belas kasihan,dia sendiri yang hancurkan harapan ibu bapa,"- Syed Ali


KUALA LUMPUR,10 DIS : Kenapa tidak fikir perasaan ibu bapa sebelum terbabit menganjur ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,? soal Datuk Seri Syed Ali Alhabshee terhadap bekas presiden persatuan pelajar, Fahmi Zainol yang digantung dua semester oleh Universiti Malaysa (UM).

"Dia yang hancurkan hati ibu bapanya kerana taksub dengan Anwar," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, Fahmi tidak sepatutnya menyalahkan UM dengan menuduh universiti berkenaan tidak mempunyai belas kasihan dan simpati terhadap beliau.

"Semasa menganjur perhimpunan haram di UM, beliau begitu seronok bersama Anwar, sekarang kata pihak universiti tidak fikir perasaan ibu bapanya," ujar beliau.

"Mengapa tak fikir sebelum buat, kenapa tak fikir hati ibu bapa yang menghantar beliau ke universiti untuk belajar, bukannya membabitkan diri dalam kegiatan politik pro-pembangkang.

"Apakah beliau pernah fikir akibat daripada penganjuran perhimpunan itu, apakah dia pernah fikir bahawa Anwar akan bersama beliau,? soalnya lagi.

Malah kata beliau, Fahmi sepatutnya berfikir apakah perasaan pihak kerajaan yang memberi peluang dan pelbagai kemudahan untuk beliau melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti.

"Fikirlah betapa kecewanya kerajaan yang telah memberi peluang kepada beliau untuk belajar, tetapi disalah guna untuk berpolitik,"tegasnya.

Fahmi kata Syed Ali, sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dan universiti berkenaan.

"Semua kemudahan dan peluang sudah diberikan ,tetapi masalahnya dia tidak tahu berterima kasih dan bersyukur,"katanya.

Sehubungan itu kata beliau ,adalah tidak adil Fahmi menyalahkan pihak univrersiti dengan tuduhan pihak universiti tidak mempunyai belas kasihan.

"Fahmi sepatutnya rasa bersalah terhadap ibu bapanya kerana telah menghancurkan impian keluarga untuk meliaht beliau menjadi seorang graduan," ujarnya.

Beliau berkata, setiap ibu bapa yang menghantar anaknya melanjutkan pelajaran tidak mengharapkan anaknya itu terbabit dengan kegiatan yang menyalahi peraturan dan undang-undang.

Dalam hal ini tambah beliau, Fahmi sendiri telah berlaku khianat kepada amanah dan harapan ibu bapanya sendiri.

"Dia yang berani buat perkara itu, tanggunglah sendiri,jangan nak tuduh pihak universiti tak ada belas kasihan.

Menerusi portal berita hari ini, Fahmi menyifatkan UM tidak mempunyai belas kasihan dan simpati apabila menggantungnya tiga minggu sebelum peperiksaan bermula.

"Saya agak terkilan dengan tindakan UM, walaupun mereka sudah mempunyai keputusan lebih awal, sama ada menerima arahan dari mana-mana pihak atau terpaksa melakukannya, tidakkah mereka mempunyai rasa simpati dan empati?” soalnya

UM semalam menggantung pengajian Fahmi selama dua semester dan mendendanya RM600 selepas disabitkan bersalah menganjurkan ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus tanpa kebenaran.



Seorang lagi pelajar Safwan Shamsudin juga digantung pengajian, tetapi hanya untuk satu semester berkuatkuasa serta merta, didenda dan diberi amaran.


Sementara empat yang lainnya diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang, manakala seorang pelajar dilepaskan dengan amaran.


5 ulasan:

  1. bagus saya setuju dgn tindakkan UM. Saudara Fahmi lain kali guna akal jangan guna lutut. awak telah mensia siakan duit saya. kenapa saya kata begitu sebab saya bayar tax yang banyak, dan awak tak tahu hargai pemberian saya

    BalasPadam
  2. kesian aku tengok budak mentah ni...budak macam ni mmg.jadi kesukaan anwar...
    patut budak bodo ni jumpa dan berdialog dengan kesemua barisan pengasas pGayR kenapa mereka beramai ramai tinggalkan parti pelacor bangsa dan agama tu..

    gen2felda

    BalasPadam
  3. Wahai anak melayu....ada korang nampak anak cina macam korang sibukkan berpolitik?fikir kat situ je

    BalasPadam
  4. sudahlah dato. umno takut bayang2. mana ada dalam dunia kalau sokong pembangkang jadi satu kesalahan. hanya di negara islam mcm malaysia.

    BalasPadam