PEMIMPIN PAS diingatkan
tidak hanya menjadi orang Melayu yang beragama Islam tetapi tidak mempunyai
maruah dan harga diri.
Ketua UMNO Bahagian
Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata kerana tidak ada harga diri
secara tidak langsung maruah Islam turut tercemar.
“Berselindung disebalik
slogan Islam, parti itu tergamak menjadi cemuhan dan cercaan DAP, sebuah parti rasis” tegasnya.
Katanya lagi, orang Melayu
turut berasa malu dengan sifat bacul pemimpin PAS yang dilihat takut berdepan
dengan DAP.
Beliau berkata, pemimpin
PAS yang mengaku Islam sepatutnya berasa terhina apabila dipermainkan DAP dalam
pakatan pembangkang.
Katanya, pemimpin PAS
tidak sepatutnya seperti ‘melukut ditepi gantang’ hanya kerana kepentingan politik.
“Janganlah terhegeh-hegeh
untuk terus bersama DAP walaupun maruah dan harga diri dipijak orang.
Tambah beliau, PAS tidak
meraih sebarang keuntungan selama berada pakatan pembangkang yang didominasi
oleh DAP.
Menurut beliau lagi,
pemimpin PAS sekadar dijadikan perkakas oleh DAP dan PKR untuk meraih sokongan
politik daripada sebahagian pengundi Melayu.
Katanya, apabila DAP
secara terbuka mengetepikan pandangan
PAS bermakna parti rasis itu sudah menolak PAS dalam pakatakan
pembangkang.
“Hubungan mereka sudah
berada ditahap meruncing, jadi lebih baik
PAS segera keluar daripada pakatan tersebut,” tambahnya.
Sehubungan itu kata Syed
Ali, sudah sampai masanya PAS ‘bercakap’ dengan UMNO berhubung kepentingan
Melayu dan umat Islam.
Beliau menjelaskan, UMNO
tidak pernah curiga terhadap PAS jika parti itu bersedia untuk ‘bercakap’ mengenai kepentingan Melayu
dan umat Islam.
Tambah beliau lagi, jika
benar PAS memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam tidak sepatutnya
menunggu begitu lama untuk meninggalkan DAP.
“Sudah terang, DAP tidak
suka PAS, tentang apa juga cadangan parti itu termasuk hukum hudud, jadi tidak perlulah
untuk mereka mengemis ehsan DAP.
PAS boleh ‘bercakap’ dengan UMNO soal masa depan Melayu, Islam
PAS boleh ‘bercakap’ dengan UMNO soal masa depan Melayu, Islam
Beliau kesal kerana
pemimpin PAS masih sanggup bertuankan DAP dan PKR walauopun diperlekehkan.
Sebaliknya kata beliau, PAS dan UMNO boleh duduk semeja untuk merintis
jalan kearah perpaduan orang Melayu.
“Jangan kerana nafsu politik,
pemimpin PAS jadi buta mata hati sehingga tidak dapat melihat dan mendengar
pandangan orang lain,” tegasnya.
Tambah Syed Ali lagi,
kerana pemimpin PAS buta hati menyebabkan parti itu sanggup menjadi perkakas
kepada DAP.
Beliau mengulas perkembangan
terkini hubungan PAS-DAP yang berada ditahap kritikal apabila Persidangan Kebangsaan
DAP 2014 di Petaling Jaya semalam menyaksikan DAP menentang PAS secara terbuka.
Initipati ucapan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seperti menghalau keluar PAS daripadsa
pakatan pembangkang.
Secara jelas, perjuangan
PAS untuk melaksanakan hukum hudud semakin sukar apabila DAP menegaskan pakatan
pembangkang tidak akan melaksanakan undang-undang Islam itu jika berjaya
memerintah negara selepas pilihan raya umum akan datang.
Pendirian DAP itu juga
diperkukuhkan melalui satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud sama ada
di peringkat negeri atau kebangsaan yang diluluskan sebulat suara oleh 938
perwakilan.
Lim Guan Eng dipetik
sebagai berkata, penolakan hukum hudud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah
aspirasi pengundi dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas
Putrajaya.
“Untuk menang Pilihan
Raya Umum ke-14, kita mesti ada pendirian tegas, kedudukan jelas bahawa pakatan
pembangkang yang memerintah di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang
hudud.
Pada majlis perasmian
persidangann tersebut, hanyaPresiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali yang hadir.
Presiden PAS, Datuk Seri
Haji Abdul Hadi Awang tidak hadir dan diwakili Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr.
Hatta Ramli.
Ketiadaan pemimpin kanan PAS
dalam persidangan itu menimbulkan persoalan tentang hubungan kedua-dua parti
yang semakin tegang dan telah berlarutan sejak enam bulan lalu.
Dalam ucapannya, Guan Eng
turut menyatakan kesetiaan DAP menunggu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara akibat kesalahan liwat.
“Di sini saya ingin
memberi jaminan kepada Kak Wan (Wan Azizah), sekiranya Anwar masuk penjara,
jangan bimbang kita akan tunggu sampai beliau keluar penjara,” katanya.
Tak payahlah nak bersusah payah dengan kaum pengkhianat agama Islam tu sebab mereka dah sesat dan hati dah menjadi hitam disebabkan perbuatan mereka sendiri. Sekarang PAS malu untuk mengaku kesilapan mereka bersekongkol dengan puak-puak kafir DAP.... Biarkan mereka dengan kedunguan mereka sendiri.
BalasPadam