PAS
sengaja memperalatkan isu pelaksanaan hukum hudud bagi meraih sokongan pengundi
Melayu dan dalam masa yang sama berpura-pura ‘bersengketa’ dengan DAP, kata
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Beliau
berkata, polemik cadangan pelaksanaan hukum hudud PAS-DAP bukan perkara baru
malah sudah beberapa kali dibangkitkan dan berakhir tanpa sebarang keputusan
konkrit.
Malah
katanya, bekas pemimpin DAP Karpal Singh pernah menegaskan ‘langkah mayat
beliau dulu sebelum Malaysia dijadikan negara Islam’ oleh PAS membuktikan penentangan DAP terhadap hukum hudud bukan perkara baru.
Katanya,
pemimpin PAS sudah sedia maklum bahawa DAP menentang hudud dan hukum tersebut tidak
dapat dilaksanakan sehingga sekarang khususnya di Kelantan.
Tambah beliau,
sudah bertahun-tahun isu hudud membabitkan ‘sengekta’ PAS-DAP diperbesarkan
tetapi pada hakikatnya sekadar sebuah lakonan.
Justeru itu beliau
mencabar PAS supaya segera keluar daripada pakatan pembangkang jika parti itu benar-bernar
berjuang untuk agama Islam.
"Kadangkala pemimpin PAS cakap sahaja lebih tetapi masih tetap menjadi kuli politik kepada DAP walaupun agama Islam dipersendakan," tegasnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan.
Beliau
seterusnya mempersoalkan kenapa pemimpin PAS masih lagi sanggup bersubahat
dengan DAP dan pakatan pembangkang walaupun cadangan hudud ditolak.
“Mereka
dakwa PAS parti Islam, tetapi sehingga sekarang menjadi pemimpin Melayu yang
tidak ada harga diri membiarkan kepala dipijak oleh DAP,” tegasnya.
Menurut
beliau lagi, slogan jihad laungan PAS juga hanya satu pembohongan kerana
sehingga sekarang mereka tidak berani menentang DAP secara terbuka bersabit hukum
hudud.
Berdasarkan
itu katanya, cerita hudud hanya retorik
bermusim dan sandiwara politik antara PAS-DAP dalam usaha menagih simpati
pengundi Melayu.
“Ini
bermakna cerita hudud dan penentangan DAP sudah dalam pengetahuan PAS, tetapi
sengaja dibangkitkan semula untuk agenda politik,” jelasnya.
Beliau
mendakwa, pemimpin PAS Kelantan, Datuk Amar Abdullah pernah memberitahu akhbar
Utusan Malaysia pada 2 September 2010, bahawa PAS tidak mungkin melaksanakan hukum
hudud jika pembangkang memenangi PRU ke-13.
Amar
ketika itu Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan dipetik sebagai berkata, PAS
dan parti-parti pembangkang telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal
pelaksanaan hukum hudud.
Oleh
sebab itu kata Syed Ali, beliau beranggapan polemik hukum hudud antara PAS-DAP
sebagai perkara yang telah dirancang untuk kepentingan politik pembangkang.
Menurutnya,
isu cadangan pelaksanaan hukum hudud juga
sengaja dicetuskan oleh pembangkang bagi mengalih perhatian rakyat.
“Mereka
(PAS) berlakon kononnya bergaduh dengan DAP, berlaku kata-mengata dan
cabar-mencabar, tetapi kesudahannya berakhir tanpa sebarang keputusan yang
dicapai,” ujarnya.
Tambah
beliau lagi, PAS tidak berani bertindak lebih jauh untuk meninggalkan pakatan
pembangkang kerana parti itu masih memerlukan sokongan DAP dan PKR.
“Kalau
PAS ada maruah, sudah lama parti itu meninggalkan DAP dan PKR, malangnya mereka
tidak berani, tidak sepertimana pemimpin PAS terdahulu,” tegasnya.
Sehubungan
itu kata beliau, pemimpin UMNO tidak perlu untuk terjebak dalam polemik tersebut
kerana ianya sekadar lakonan dan provokasi PAS-DAP.
“Ini
semua putar belit PAS, tipu muslihat yang paling keji dengan memperlalatkan
agama untuk kepentingan politik,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan