Halaman

Selasa, 16 Disember 2014

Syed Ali : Sepatutnya PAS angkat kaki tinggalkan pakatan bila DAP tentang hudud


PAS sepatutnya sudah buka mata sejauhmana parti itu diperlukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP dalam pakatan pembangkang, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

“Bila cadangan hudud ditentang oleh DAP, PAS sepatutnya angkat kaki tinggalkan pakatan, bukannya DAP,” tegasnya.

Tambah beliau, PAS tidak perlu berdolak-dalik dan mengambil masa lama untuk keluar daripada pakatan tersebut.

“Sekarang pemimpin PAS dan DAP masing-masing cuba bersandiwara, kononnya sanggup keluar daripada pakatan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, PAS sepatutnya mengambil langkah berani keluar daripada pakatan pembangkang dan bukannya mencabar DAP supaya berbuat demikian.

“Saya percaya DAP tidak akan keluar daripada pakatan tesebut selagi adanya Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen,” ujarnya.

Beliau berpendapat, sikap berdoalk-dalik pemimpin PAS berhubung kerjasama politik dengan DAP tidak disenangi pengikut parti itu.

“Jika pemimpin PAS ada maruah diri, sepatutnya angkat kaki daripada pakatan pembangkang setelah  cadangan hudud ditentang keras oleh DAP,” tegasnya.

Syed Ali berharap pemimpin PAS tidak bermain wayang hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan politik.

Serentak itu, beliau mencabar Anwar  menyatakan pendiriannya terhadap krisis PAS-DAP berhubung isu pelaksanaan hukum hudud.

Beliau mempersoalkan  mengapa Anwar berdiam diri apabila cadangan pelaksanaan hukum hudud  di Kelantan diperlekehkan DAP.

“Saya desak Anwar nyatakan pendirian sama ada turut bersubahat dengan DAP atau menyokong cadangan yang dikemukakan oleh PAS,” tegasnya.

Bagaimanapun beliau percaya Anwar tidak berminat dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud.

Syed Ali mendakwa, Anwar merupakan pemain politik rakus dan bernafsu besar hanya akan memihak kepada rakan politik yang mampu memberikannya kuasa.

Dalam krisis PAS-DAP katanya, Anwar yang juga pemimpin utama PKR lebih cenderung untuk bersubahat dengan DAP.

“Oleh sbab itu Anwar  sanggup mempertahankan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH di negeri berkenaan,” tegasnya.

Beliau mendakwa Anwar sanggup memperjudikan agama dan syariat Islam bagi menjaga kepentingan politik peribadi.

“Sebagai orang Islam, saya amat kesal kerana Anwar sanggup bersekongkol dengan Lim Guan Eng bersabit isu kalimah ALLAH,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, senario yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang ini sepatutnya menyedarkan PAS.


Sebelum ini, PAS membidas DAP sambil menyarankan parti itu keluar dari pakatan pembangkang sekiranya ia tidak selesa dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud.


Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata DAP dialu-alukan untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.



"Kita (PAS) tak akan keluar dari pakatan pembangkang. Kalau dia (DAP) tak selesa dan rasa tak boleh menang dengan pakatan pembangkang, mereka boleh keluar bila-bila masa.



"Tak jadi masalah kepada kita dan kita tak akan tukar perjuangan kita (laksanakan hudud), kita tak akan korbankan perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di Kota Bharu semalam (Isnin).



Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Ahad yang mahu pakatan pembangkang jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14.

1 ulasan:

  1. dah jelas dan terang terang lagi yang PAS itu begitu hina dlm PR......pun masih ada hati nak kekal dlm PR.......dimana TELOR kamu wahai PAS...???

    sedar tak sedar, munkin ini la caranya ALLAH nak menghina kamu wahai ahli PAS.....menggunakan agama utk keuntungan dunia......

    BalasPadam