Halaman

Isnin, 18 Ogos 2014

Wan Azizah ; ‘pemain import’ yang perlu mendapat perkenan Sultan – Syed Ali


KUALA LUMPUR,18 OGOS : Presiden boneka PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disifatkan sebagai ‘pemain import’ yang bakal mengkucar-kacirkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor apabila dinobatkan sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee keadaan akan bertambah bercelaru kerana kedudukan Wan Azizah hanya sekadar boneka kerana segala urusan pentadbiran akan dikawal oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Anwar akan menggunakan kukunya untuk mencengkam kerajaan Selangor dengan menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar boneka,” tegasnya.

Kata beliau, sebelum ini Wan Azizah secara terbuka telah membuat pengakuan terbuka bahawa akan melantik Anwar sebagai penasihat sekiranya beliau dipilih sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Bagaimanapun katanya, selaku ‘pemain impot’ Wan Azizah terlebih dahulu perlu mendapat perkenan Sultan Selangor sebelum dilantik Menteri Bessr walaupun mendapat majoriti sokongan wakil rakyat di DUN Selangor.

“Seperti bolasepak, ‘pemain import’ akan disemak statusnya, samada mahir atau pakar dalam permainan dan yang lebih penting kerakyatannya dari mana sebelum diberi lilitan kapten,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, persetujuan oleh Pakatan Rakyat (PR) melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar perlu dilihat daripada sudut undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor sama ada membolehkan bukan rakyat Selangor dilantik memegang jawatan tersebut.

Beliau berpendapat, pemilihan ‘pemain import’ sebagai Menteri Besar seolah-olah memberi gambaran bahawa tidak ada anak jati Selangor yang lebih berwibawa dan berkelayakan.

“Ini merupakan satu bentuk penghinaan kepada rakyat Selangor, orang luar yang terkenal dengan sifat boneka diangkat jadi Menteri Besar,” tambahnya.

Kata Syed Ali lagi, keputusan Pakatan Rakyat (PR) mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar jelas menunjukkan mereka mendahului perkenan Sultan Selangor.

KEMENANGAN PUAK SEKULAR DALAM PAS

Beliau turut mendakwa PAS cuba mengalih perhatian ahli-ahlinya dengan sengaja mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Menteri Besar selain Dr. Wan Azizah.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi jelas tidak konsisten dan tidak mempunyai prinsip apabila bersetuju dengan kehendak Anwar yang  mahukan Dr. Wan Azizah.

Berdasarkan bilangan wakil rakyat PAS dalam DUN Selangor, beliau berkata PAS sewajarnya turut menamakan wakil mereka sebagai calon Menteri Besar.

“Haji Hadi bermain secara ‘play-safe’. Dia sokong Wan Azizah dan turut mencalonkan Azmin, sepatutnya PAS turut menamakan wakil mereka sebagai calon MB,” tegasnya.

Beliau menyifatkannya sebagai satu strategi PAS untuk mengabui mata ahli-ahli parti itu kononnya mereka tidak bersetuju wanita diangkat sebagai pemimpin,” tegasnya.

“Ini adalah permainan  licik lagi kotor pemimpin utama PAS, mereka sedar ahli-ahli di akar umbi menentang sebarang cubaan melantik Wan Azizah, oleh sebab itu Haji Hadi turut namakan Azmin.

Tambah Syed Ali lagi, kejayaan kumpulan Anwarinas dalam PAS  menolak keputusan awal Dewan Ulama yang menentang pencalonan Wan Azizah sebagai kemenangan besar kepada puak sekular dalam PAS.

“Haji Hadi tidak boleh berbuat apa-apa kerana takut kepada pengaruh Anwar, mahu tidak mahu beliau terpaksa sokong walaupun membelakangkan Dewan Ulama PAS dan mengkhianati suara akar umbi parti itu,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan