KUALA
LUMPUR, 19 OGOS : Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat teguran
bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Datuk Seri
Najib Tun Razak merupakan teguran seorang bapa kepada anaknya.
“Jika ada teguran, ia
bukan satu bentuk kebencian tetapi peringatan kearah penambaikan parti dan pentadbiran
kerajaan,” katanya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras
itu berkata, beliau tidak fikir Dr. Mahathir, seorang negawaran dan bekas
presiden parti berniat sebaliknya apabila membuat teguran.
“Pada hemat saya, jika Dr.
Mahathir tidak sayangkan Najib, sudah tentu dia tidak membuat teguran seperti
itu,” ujarnya.
Katanya, mungkin ada
kalanya Dr. Mahathir menegur kepimpinan Perdana Menteri tetapi dibuat secara
ikhlas dan tiada berkepentingan.
“Kadangkala orang
mengambil kesempatan untuk membuat tafsiran yang salah apabila Dr. Mahathir
memberikan teguran tersebut,” ujarnya.
Sebagai seorang bapa,
beliau berpendapat Dr. Mahathir hanya mahu memastikan anaknya berada dalam keadaan
baik dan disenangi banyak pihak.
Sehubungan itu katanya,
pemimpin UMNO harus menerima teguran tersebut dengan berlapang dada dan tidak terlalu
prejudis.
“Apabila seorang bapa
seperti Dr. Mahathir memberikan teguran atau peringatan, sudah tentu ada
kebaikan dan kita perlu menerimanya dengan senang hati walaupun teguran
tersebut agak pedas,” katanya.
Syed Ali menjelaskan, sebagai
bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Dr. Mahathir masih sayangkan negara
walaupun sudah tidak berkhidmat dalam keajaan.
Beliau bersetuju dengan
pandangan Dr. Mahathir kadangkala orang di bawah memberi pendapat yang tidak
tepat disebabkan ingin mengambil hati Perdana Menteri.
“Mereka yang berjawatan
dalam parti dan kerajaan, sewajarnya memberikan pandangan yang ikhlas kepada Perdana
Menteri,” tegasnya.
Katanya lagi, jika berlaku
sebarang kemusykilan terhadap pandangan atau teguran Dr. Mahathir maka menjadi kewajipan
pemimpin parti untuk menemui beliau meminta penjelasan selanjutnya.
“UMNO mempunyai Ahli MT,
Setiauasaha Agung dan Setiauasaha Kerja, mereka inilah sepatutnya menemui Dr.
Mahathir jika ada kekeliruan disebalik teguran tersebut,” katanya.
Bagaimanapun kata Syed Ali, pemimpin dan ahli-ahli UMNO tetap menaruh keyakinan terhadap kepimpinan Najib yang selama ini telah menunjukkan perhatian serius kepada kepentingan rakyat.
"Dalam apa kedaan pun, kita tetap menyokong Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO," tegasnya sambil menjelaskan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi telah memberi mandat kepada Najib.
Tambah beliau lagi, Najib juga turut mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) untuk terus memacu pentadbiran negara.
Bagaimanapun kata Syed Ali, pemimpin dan ahli-ahli UMNO tetap menaruh keyakinan terhadap kepimpinan Najib yang selama ini telah menunjukkan perhatian serius kepada kepentingan rakyat.
"Dalam apa kedaan pun, kita tetap menyokong Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO," tegasnya sambil menjelaskan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi telah memberi mandat kepada Najib.
Tambah beliau lagi, Najib juga turut mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) untuk terus memacu pentadbiran negara.
Syed Ali mengulas komentar
Dr. Mahathir dalam ruangan blognya, chedet.com
yang antara lain menyebut ada orang telah memberitahu Najib yang beliau telah
memburukkan pemerintahannya.
Dr. Mahathir menulis :
“saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya
segala-galanya yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila
ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya,”.
Dr. Mahathir turut menceritakan
kisah dongeng berkenaan datuk-datuk istana yang tidak pernah menegur raja
mereka. Suatu hari raja memasuki dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya
cantikkah pakaiannya. Semua angguk dan berkata “Ya Tuanku”.
Hanya seorang budak yang
berkata, “Tuanku bogel”.
Maka raja pun murka akan datuk-datuknya yang tidak berkata
yang benar apabila dia bogel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan