Halaman

Ahad, 17 Ogos 2014

Gadai maruah & prinsip ; Syed Ali cadang PAS tukar nama kepada parti PERKASAM



KUALA LUMPUR,17 OGOS : Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan PAS sebagai parti yang tidak bermaruah dan sanggup berlaku kejam terhadap rakannya demi mengekalkan kuasa politik.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, tindakan PAS melakukan 'u-turn' menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sememangnya telah diduga.

Ini katanya, berdasarkan sikap berdolak-dalik dan tidak konsisten parti itu apabila 30 wakil rakyat di Selangor termasuk dua daripada PAS menyatakan sokongan kepada Wan Azizah bagi menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

"Beberapa hari lalu menerusi blog ini, saya dah kata bahawa PAS tidak mustahil akan berpatah balik kerana bimbang kuasa politiknya akan hilang jika tetap dengan pendiriannya menyokong Khalid," katanya.

Tambah beliau, anggapan itu ternyata benar hari ini apabila pemimpin PAS dalam mesyuaratnya sebulat suara bersetuju menolak Khalid sebagai Menteri Besar walaupun telah mendapat perkenan Sultan.

PAS katanya, telah menyatakan sokongan kepada Wan Aziziah sebagai bakal Menteri Besar disamping turut menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurut beliau, sikap berpura-pura PAS dengan mempermainkan Khalid membuktikan PAS sebagai sebuah parti yang tidak ada harga diri dan terlalu taksub kepada Datuk Seri Anwar ibrahim dan Lim Kit Siang.

"PAS yang kononnya parti Islam sanggup menikam Khalid demi persubahatannya dengan DAP dan PKR," ujarnya.

Syed Ali juga mendakwa PAS telah mempermainkan harapan ahli-ahlinya di peringkat akar umbi yang sebelum itu amat percaya keputusan Majlis Syura yang mahukan Khalid akan dipatuhi.

"Dengan keputusan hari ini kata beliau, PAS juga telah membelakangkan ketetapan Dewan Ulama parti itu yang menolak Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar," katanya.

Beliau mengulas keputusan PAS hari ini yang menolak Khalid sebagai Menteri Besar dan menamakan Wan Azizah sebagai bakal pengganti.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Timbalan Presiden parti,  Mohamad Sabu berkata semua keputusan itu dibuat sebulat suara oleh 36 ahli jawatankuasa dan Majlis Pimpinan PAS Pusat yang hadir dalam mesyuarat lebih kurang dua jam itu.


"Tak ada tekanan dari pihak lain (dalam membuat keputusan ini)," tegas beliau.


"Ia tidak berbangkit. Beliau (Khalid) bukan lagi ahli PKR," kata beliau.


Dalam hal ini Syed Ali menegaskan, golongan ulama dalam  PAS sudah tidak mempunyai suara sebaliknya telah dicengkam oleh pengaruh kumpulan sekular parti itu yang berkbilat kepada Anwar.

Kecewa dengan permainan kotor PAS dalam isu politik di Selangor, beliau berkata sudah sampai masanya PAS menukarkan nama parti itu kepada Parti Kebajikan Islam Semalaysia (PERKASAM).

Perubahan nama itu kata beliau, berdasarkan tindakan PAS yang selama ini telah banyak menggadaikan maruah perjuangannya demi kepentingan politik DAP dan PKR.

Beliau menyebut beberapa perkara yang telah digadaikan oleh PAS semenjak menjadi keldai politik DAP, antaranya berhubung dengan cadangan penubuhan negara Islam yang sekarang ini telah ditukarkan kepada Negara Berkebajikan.


Malah katanya, pelaksanaan hukum Hudud hanya dijadikan alat untuk memancing undi ketika berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU).

"Sekarang, Hudud telah dbakul sampahkan oleh PAS kerana ingin menjaga hati DAP dan PKR yang menentang cadangan tersebut," katanya.

Katanya lagi, ketika mula Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor PAS berjanji akan meghapuskan pusat-pusat hiburan di negeri berkenaan.

Tetapi malangnya kata beliau, empat tahun  pertama, pusat hiburan di Selangor seperti 'cendawan tumbuh' secara mendadak daripada 700 meningkat kepada 7,000 pada tahun 2012.

"PAS sebelum ini juga mendakwa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, tetapi sekarang mereka pula bersubahat dengan DAP dan PKR," tambahnya.

Kata beliau, PAS sebelum ini membuat ketepan bahawa wanita tidak boleh jadi pemimpin termasuk tidak membenarkan menyertai tilawah al-quran.

"Tetapi hari ini, PAS gadaikan semua prinsip itu, korbankan harga diri dan maruah dengan menyokong Wan Azizah kerana kepentingan DAP dan PKR," tegasnya.

Beliau berkata, PAS sanggup menjadi pengemis politik kepada DAP dan PKR kerana bimbang kuasa politik akan terhakis.

"Melihat kepada pembohongan dan perjuangan karut PAS yang memperlalatkan agama, seeloknya nama parti itu ditukarkan kepada parti PERKASAM," ujarnya lagi.




1 ulasan:

  1. Memang sifat munafik terserlah dlm parti yg kononnya memperjuangkan Islam.. bala utk rakyat Selangor & Malaysia!

    BalasPadam