Halaman

Selasa, 19 Ogos 2014

Dewan Ulama PAS ‘tidak ada gigi’ untuk sanggah kerakusan Anwar



Pandangan SYED ALI ALHABSHEE

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan rancangan Langkah Kajang sebagai tapak untuk beliau menawan Putrajaya dan sekaligus  menjadi Perdana Menteri.

Kegilaan politik Anwar untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri sudah sekian lama bermula sehinggalah kepada pembohongan teori 16 September dengan mendakwa Ahli Parlimen BN akan lompat parti.

Teori itu bertukar kepada cerita bohong dan kemudiannya disemarakkan pula dengan gerakan perhimpunan haram menggulingkan kerajaan.

Itu pun tidak menjadi kerana rakyat Malaysia tidak sanggup menjadi buah catur dalam permainan rakus politik Anwar.

Anwar sebelum itu menawarkan diri bertanding pada PRK DUN Kajang tetapi niatnya terhalang apabila disabit oleh mahkamah bersalah dalam kes meliwat.

Secara drastik beliau mengumumkan iterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Pakatan Rakyat pada PRK DUN Kajang.

Wan Azizah ditakdirkan memenangi kerusi berkenaan mengalahkan calon BN.

Kemenangan Wan Azizah dijadikan peluru oleh Anwar untuk menjayakan projek Langkah  Kajang.

Pelan pertama Anwar ialah meletakkan isteri beliau  sebagai Menteri Besar Selangor walaupun terpaksa menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Barangkali Anwar sedar selagi Khalid kekal sebagai Menteri Besar, Langkah Kajang akan terhalang.

Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa ‘membunuh’ kerjaya politik Khalid dengan menyingkirkannya daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

Anwar mengidam menguasai Selangor kerana negeri itu antara negeri paling kaya dan mempunyai aset ekonomi terbesar.

Cara paling mudah bagi Anwar ialah menjadikan Wan Azizah yang juga Presiden boneka PKR sebagai Menteri Besar.

Anwar dengan bantuan PAS dan PKR bermati-matian mahu menggulingkan Khalid walaupun Menteri Besar itu sudah mendapat perkenan Sultan.

Inilah taktik kotor Anwar untuk menawan Putrajaya walaupun terpaksa ‘menikam belakang’ sahabatnya dalam PKR.

Impian Anwar mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar mula kelihatan agak bersinar setelah PAS sebulat suara menyokong cadangan tersebut.

PAS juga turut menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Azmin juga khabarnya tidak menolak pencalonan namanya sebagai Menteri Besar.

PAS berbuat demikian kerana menyedari istana Sultan Selangor agak keberatan menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Kerakusan itu menunjukkan betapa istana Sultan Selangor dipinggirkan oleh pakatan pembangkang.

Pemimpin tertinggi PAS sanggup membelakangkan keputusan Dewan Syura dan Ulama parti itu yang sebelum ini mahu Khalid kekal sebagai Menteri Besar.

Ini bermakna Dewan Ulama PAS sudah tidak berfungsi lagi dan sekadar patung-patung bernyawa yang mengikut telunjuk Anwar.

Sekaligus kumpulan sekular dan Anwarinas dalam PAS berjaya mendominasi halatuju  perjuangan PAS.

Suara golongan ulama dalam PAS ditindih oleh kelantangan para sekularisma dalam parti itu.

Kesinambungan perjuangan PAS bukan lagi ‘membangun bersama Islam’ sebaliknya didorong oleh kuasa politik dan kepentingan peribadi.

Ternyata matlamat asal sudah jauh menyimpang.

Dalam kemelut MB Selangor, Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS sudah ‘tidak ada gigi’ untuk menyanggah kerakusan Anwar.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekadar jadi pak turut di atas kehendak Anwar.

PAS akhirnya sanggup menjadi sampah sarap dalam PR dan menjadikan parti itu tidak berprinsip.

Oleh sebab itu PAS boleh mengkafirkan orang Melayu UMNO tetapi sanggup pula bersubahat dengan DAP dan PKR.

Perjuangan PAS bukan lagi untuk kepentingan ahli-ahlinya di peringkat akar umbi.

PAS begitu ketara memperjuangkan agenda politik pemimpin tertentu.

Ini sudah terbukti dalam kes krisis MB Selangor dimana pemimpin PAS bercakap tidak benar.

Sekejap sokong Khalid dan akhirnya berpaling tadah.

Ini semua penipuan dan pengkhianatan ketara dilakukan oleh parti yang kononnya berteraskan Islam.

Kesimpulan daripada itu membutkikan PAS hanya mendatangkan kerugian kepada orang Melayu.

Malah parti itu juga tidak boleh diharap untuk mengembalikan kekuatan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

1 ulasan:

  1. bagi duit bagi projek bagi tanah kat pas pasti diaorang sokong punya orang bawah ikut-ikutan gigit jari aja ..takbir!

    BalasPadam