KUALA
LUMPUR, 20 OGOS : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed
Ali Alhabshee berkata perbezaan kepimpinan sesama pemimpin UMNO tidak perlu
diperdebatkan.
Katanya, membuat
perbandingan sesama pemimpin dikhuatiri menjurus kepada pertelingkahan tidak
menguntungkan parti.
“Gaya pemimpin UMNO itu
berbeza, tetapi matlamat asalnya tetap sama iaitu berkhidmat kepada rakyat dan
negara,” tegasnya.
Oleh sebab itu tegas
beliau, sebarang pendapat atau kritikan sewajarnya dilakukan secara berhemah tanpa
dikaitkan dengan unsur peribadi.
“Apabila perbezaan
kepimpinan jadikan bahan polemik, saya bimbang rasa hormat rakyat terhadap
pemimpin akan terhakis,” tegasnya.
Katanya, keadaan menjadi bertambah
teruk apabila disensasikan menerusi laman-laman
sosial oleh pihak yang berkepentingan.
Ini katanya, akan merugikan
parti apabila sebahagian orang Melayu mula memperlekehkan parti.
Serentak itu, beliau mahu pemimpin
UMNO berhati-hati dengan laporan menerusi media sosial yang sengaja
memperbesarkan isu perbezaan pendapat di kalangan pemimpin UMNO.
“Ia bertujuan melaga-lagakan
sesama pemimpin parti,” ujarnya.
Beliau merujuk teguran
bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir terhadap pentadbiran Datuk Seri Mohd. Najib
Tun Razak yang dilihat mula disensasikan oleh media sosia seperti portal
berita.
Syed Ali tidak menolak kemungkinan
ada pihak tertentu ‘menangguk di air
keruh ‘ untuk mencemarkan reputasi pentadbiran Najib.
Katanya, beberapa laman sosial mula memperbesarkan kritikan
tersebut bertujuan melemahkan reputasi Najib.
“Mungkin juga ada pihak tertentu
sengaja mahu mewujudkan perbalahan antara Dr. Mahathir dengan Najib.
“Mereka dilihat seperti
mahu supaya bekas Perrdana Menteri terus membenci Najib.
Beliau mengulangi
kenyataannya semalam bahawa kritikan Dr. Mahathir itu sekadar teguran bapa
kepada seorang anak.
Syed Ali berkata, menjadi tanggungjawab
pemimpin UMNO mempertahankan kedudukan Najib daripada terus diserang oleh pihak
tertentu.
“Pembangkang memang mahu
Najib dijatuhkan dari dalam,” tegasnya.
Beliau berharap pemimpin UMNO sedar bahawa pihak lawan akan
memanipulasi segala isu untuk merosakkan
parti.
“Mereka boleh menggunakan
isu Dr. Mahathir -Najib sebagai ‘jerangkap
samar’ untuk menghancurkan perpaduan UMNO.
Katanya, pemimpin UMNO
perlu bersikap lebih rasional dengan tidak membuat andaian melulu yang boleh
mengeruhkan lagi keadaan.
Sehubungan itu, Syed Ali
mengajak seluruh pemimpin UMNO termasuk akar umbi mempertahankan kedudukan Najib
selaku Perdana Menteri dan presiden parti.
“Sewaktu UMNO sedang
berdepan dengan tekanan politik sama ada dari dalam dan luar, kita perlu bersatu
di bawah satu bumbung dan satu nakhoda,” tegasnya.
Pemimpin UMNO kata beliau,
perlu memberi tumpuan kepada halatuju perjuangan dan masa depan UMNO.
Katanya, menjadi tanggungjawab
setiap pemimpin UMNO memastikan kedudukan orang Melayu dan umat Islam terus
terbela.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan