KUALA LUMPUR, 21 OGOS : Krisis PKR gara-gara berebut kerusi Menteri Besar Selangor tidak pernah berlaku dalam mana-mana parti politik sebelum ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
“Tidak pernah berlaku dalam
sejarah politik negara, seorang Menteri Besar yang tidak lakukan kesalahan dipaksa
lepaskan jawatan hanya mahu memuaskan nafsu politik individu tertentu,” tegasnya.
Beliau mendakwa, cubaan
menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor atas
perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, perebutan
jawatan Menteri Besar oleh PKR dengan sokongan DAP dan PAS ternyata teruk dan
menyusahkan rakyat.
Katanya, perebutan jawatan
Menteri Besar mensahihkan kerakusan Anwar untuk berkuasa walaupun mengetepikan
suara rakyat.
Justeru tegas beliau, sudah sampai masanya rakyat terutama di Selangor menolak kehadiran Pakatan Rakyat (PR) dan kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Syed Ali mengingatkan nafsu politik Anwar sudah melepasi tahap kewarasan berpolitik sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impiannya.
“Apakah nafsu politik
Anwar akan berakhir apabila isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail
dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor,? soal beliau.
Sedangkan kata beliau,
sebahagian besar rakyat Selangor terutama penyokong PKR masih mahukan Khalid
dikekalkan sebagai Menteri Besar.
“Akhirnya pentadbiran
negeri Selangor akan menjadi kucar-kacir dan kepentingan serta kesejahteraan
hidup rakyat akan terabai,”
Beliau turut meramalkan Anwar
akan terus melakukan onar politik selagi impiannya untuk menawan Puterajaya
tidak tercapai.
Beliau menyifatkan perebutan
jawatan Menteri Besar Selangor yang didalangi Anwar seperti ‘mengata paku dulang yang serpih’.
“Sebelum ini Anwar tuduh
pemimpin UMNO gilakan kuasa, tetapi sekarang terbukti beliau yang lebih kemaruk
sehingga menyisihkan peranan Sultan,” tegasnya.
Beliau mengakui memang
pertukaran seseorang Menteri Besar sebagai perkara biasa tetapi tidak sepertimana
kezaliman PKR terhadap Khalid.
“UMNO juga pernah melalui
proses pertukaran jawatan Menteri Besar, tetapi ia berlaku secara harmoni,
setiakawan dan mendapat perkenan istana dan rakyat,” tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan,
beliau berkata kredibiliti PAS sebagai sebuah parti yang kononnya berjuang atas
landasan Islam sudah tercemar.
Beliau mempersoalkan
bagaimana pendirian pemimpin PAS boleh berubah-ubah sehingga mengetepikan keputusan
Dewan Ulama dan Majlis Syura.
“Barangkali kerana Anwar, fatwa
PAS boleh menghalalkan apa sahaja walaupun terpaksa gadaikan maruah dan
prinsip,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan