KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed
Ali Alhabshee berpendapat, rakyat Palestin di Gaza perlu dibekalkan senjata
untuk mempertahankan diri mereka daripada dibunuh kejam oleh tentera rejim
Israel.
Beliau berkata, rakyat Palestin di Gaza
tidak ada pelindung diri dan mereka terpaksa membiarkan serangan ganas tentera
Israel terhadap mereka.
“Apabila kampung halaman mereka diceroboh,
nyawa mereka terancam, maka mereka wajib mempertahankannya.
“Tetapi penduduk Palestin tidak ada senjata,
sedangkan musuh (Israel) dilengkapi dengan senjata yang begitu canggih, maka
menjadi tanggungjawab negara Islam membantu mereka,” tegasnya.
Rakyat Palestin ujar beliau, berhak
mempertahankan diri dan melindungi keluarga mereka daripada kekejaman tentera
Israel.
“Hari ini umat Islam (rakyat) Palestin
dibunuh dengan bedilan dan bom bertali arus menerusi udara dan darat, mereka tiada keupayaan untuk mempertahankan diri,”
tegasnya.
Sehubungan itu katanya, rakyat Palestin di
Tebing Gaza perlu dibekalkan senjata api untuk mempertahankan diri dan keluarga,
masjid dan hospital yang dimusnahkan oleh tentera Israel setiap hari.
Beliau berpendapat, negara - negara Islam
sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk menamatkan kekejaman tentera Israel
terhadap rakyat Palestin.
Minta
Najib desak OIC segera bertindak
lindungi rakyat Palestin
“Salah satu caranya ialah kemungkinan
membekalkan senjata untuk mereka menentang tentera Israel,” katanya.
Katanya lagi, jika seluruh dunia Islam
bersatu dan membantu rakyat Palestin, Israel tidak boleh berlaku kejam walaupun
didalangi oleh kuasa besar.
“Mayat umat Islam bergelimpangan di bunuh
oleh tentera Israel, di mana saudara (negara) Islam, menyayat hati apabila
pembunuhan dilakukan ketika bulan Ramadhan,” katanya.
Serentak itu, beliau mencadangkan supaya Datuk
Seri Najib Tun Razak membawa perkara tersebut ke mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC).
Syed Ali percaya Perdana Menteri mempunyai
iltizam dan keperihatinan yang tinggi terhadap kesengsaraan rakyat Palestin di Tebing
Gaza.
“Saya harap Malaysia boleh berperanan
mendesak anggota OIC mengadakan mesyuarat tergempar berhubung kekejaman dan
kegilaan rejim Israel,” tegasnya.
OIC kata beliau, perlu berperanan lebih
pro-aktif untuk membela nasib dan masa depan umat Islam Palestin tanpa mengira
perbezaan fahaman.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan