Halaman

Isnin, 14 Julai 2014

Polis Marin maut di Semporna : Syed Ali kecam Guan Eng hina Perdana Menteri, pasukan keselamatan


KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak sepatutnya menjadikan serangan sekumpulan lelaki bersenjata  di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna semalam sebagai bahan penghinaan terhadap  pasukan keselamatan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tu Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, tidak ada seorang pun yang mahu kejadian itu berlaku yang membawa kematian seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dan seorang lagi dipercayai diculik kumpulan berkenaan.

“Kerana agenda politik, pemimpin DAP itu cetuskan provokasi dan persepsi negatif terhadap pasukan keselamatan,” katanya.

Lim Guan Eng kata beliau, tidak sepatutnya mengeksploitasikan insiden itu sebagai bahan politik dengan meletakkan kesalahannya kepada Najib.

“Saya tidak boleh terima apabila Lim Guan Eng menyifatkan kejadian semalam seperti baling kasut kepada Najib, ini satu penghinaan dan ungkapan kurang ajar,” tegasnya.

Sambil menyiafatkan Lim Guan Eng terlalu biadap, Syed Ali menegaskan pasukan keselamatan telah menjalankan tanggungjawab mereka mengawal sekitar perairan di Sabah.

“Seorang anggota PPM dilaporkan terbunuh manakala rakannya diculik, ini insiden yang tidak diduga dan pastinya pasukan keselamatan kita sedang meningkatkan kawalan di pulau berkenaan.

Katanya lagi, insiden semalam bukannya ‘mesej’ kepada Perdana Menteri yang kebetulan berada di Sabah sepertimana didakwa oleh Lim Guan Eng menerusi portal berita malaysiakini.com semalam.

Sepatutnya kata beliau, Lim Guan Eng turut melahirkan rasa simpati terhadap anggota pasukan polis yang terkorban.

Beliau kesal kerana DAP memandang rendah terhadap pengorbanan pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan negara ini termasuk di Sabah daripada ancaman pihak tidak bertanggungjawab.

“Mengapa apabila berlaku sesuatu insiden membabitkan soal keselamatan di Semporna (Sabah), pembangkang meletakkan kesalahannya kepada Perdana Menteri disamping memperkecil-kecilkan kewibawaan pasukan keselamatan,” tegasnya.

Beliau menyelar Lim Guan Eng kerana langsung tidak menunjukkan teladan seorang pemimpin politik yang mempunyai ‘hati perut’ terhadap kejadian malang  menimpa pasukan keselamatan.

Beliau berkata, sejak kejadian serangan pengganas Sulu di Sabah sebelum ini, Lim Guan Eng dan pembangkang hanya tahu menyalahkan  kerajaan.

“Lim Guan Eng sepatutnya bersama kerajaan mencari jalan bagi menangani isu tersebut disamping besimpati terhadap pasukan keselamatan yang menjadi mangsa kumpulan pengganas,” tegasnya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Esscom, Datuk Abd. Rashid Harun dipetik sebagai berkata, mangsa, Koperal Ab. Rajah Jamuan sempat berbalas tembakan dengan kumpulan penjenayah itu tetapi malangnya dia terkena tembakan manakala Konstabel Zakia Aleip telah diculik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan insiden itu bermotifkan dendam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan