Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, apabila Sultan atau Raja di
mana-mana negeri memurkai wakil rakyat kerana tersinggung, secara moralnya
wakil rakyat berkenaan perlu meletakkan jawatan.
“Di Selangor, Khalid telah banyak kali menyingggung hati baginda Sultan
dan semalam Sultan telah meluahkan kekcewaan dan kemurkaannya secara terbuka,
maka wakil rakyat berkenaan perlu berundur,” tegasnya.
Katanya lagi, pemimpin tertinggi PAS terutama Presidennya Datuk
Seri Haji Abdul Hadi Awang perlu serius dalam hal ini kerana tingkah-laku dan kenyataan
Khalid selama ini bertentangan dengan istana Sultan Selangor.
“Saya desak Haji Hadi supaya serius kerana Khalid Samad telah menunjukkan
sikap kurang ajar dan menderhaka kepada istana Sultan Selangor,” tegasnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan.
Menurutnya, Khalid tidak layak lagi untuk menjadi wakil rakyat
kepada penduduk di Selangor khususnya di kawasan Parlimen Shah Alam kerana beliau
sendiri tidak setia kepada Sultan.
“Orang yang tidak setia kepada Raja atau Sultan di mana-mana
negeri pun, tidak akan diberikan keistemewaan apatah lagi untuk dipilih sebagai
wakil rakyat,” tegasnya.
Tambah Syed Ali lagi, Khalid juga tidak sewajarnya untuk ‘bermain politk’ dengan isu yang sengaja
beliau lakukan kerana membabitkan intergriti dan kewibawaan Sultan Selangor
selaku ketua agama Islam di negeri berkenaan.
Beliau berkata, jika Khalid seorang pemimpin bermoral tinggi dan
memiliki akhlak terpujii beliau sudah pun meletakkan sebagai Ahli Parlimen
sebaik sahaja dimurkai Sultan.
Lagipun katanya, Khalid bukan anak jati negeri Selangor dan tidak
keperluan bagi pemimpin PAS mempertahankan perbuatannya yang telah
mengguris hati Sultan.
Beliau menempelak PAS kerana gagal mendidik Khalid menjadi wakil
rakyat yang mempunyai akhlak mulia sepertimana menjadi agenda perjuangan Islam
parti itu.
“Sultan adalah ketua agama Islam
di mana-mana negeri dan tindakan Khalid mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ternyata
mencabar kredibiliti dan peranan Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya.
Ketika bertitah di Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang, semalam,
baginda secara terbuka meluahkan rasa kesal dan murka terhadap Khalid.
Menteri Besar, Tan Seri Khalid Ibrahim turut hadir di majlis tersebut.
Menurut baginda,
tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap
biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang
mendapat nasihat daripada pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti mana
termaktub di bawah undang-undang.
Baginda bertitah, ini
bukan kali pertama Khalid mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS
serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.
"Kenyataan Khalid
itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam
menjalankan kuasa beta sebagai ketua agama Islam di Selangor," titah
baginda lagi.
Pada 17 Jun lalu, Khalid dan beberapa pemimpin
Pas Selangor mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan
agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi
tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.
Khalid berkata, kajian semula enakmen itu adalah perlu berikutan
tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjatuhkan imej Islam
apabila merampas 300 Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari
lalu.
Dalam titah ucapannya,
Sultan Selangor turut meminta Khalid pada masa depan supaya lebih berwaspada di
dalam mengeluarkan kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadab serta jahil
apabila membicarakan isu berkaitan kuasa baginda selain peranan MAIS dalam
menasihatkannya mengenai agama Islam.
"Khalid yang
bukannya anak jati Selangor, namun berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor
sepatutnya mengambil langkah untuk melengkapkan diri memahami sejarah negeri
Selangor.
"(Dan) mendalami
undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor," titah
baginda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan