Halaman

Sabtu, 19 Julai 2014

MH17 : Syed Ali kecam Zam beri persespi buruk terhadap Najib, terima ketentuan Allah SWT

DATUK Seri Syed Ali Alhabshee mengecam Datuk Seri Zainuddin Maidin  yang mendakwa pelbagai tregedi trajis berlaku di era Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Berliau menyifatkan bekas Menteri Penerangan yang dikenali dengan nama Zam itu seolah-olah menolak qhoda dan qhodar Tuhan.

"Sebagai seorang muslim, dia tidak sepatutnya mengaitkan seseorang dengan bencana atau musibah yang berlaku, itu semua ketentuan Allah S.W.T.," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, tidak ada manusia yang boleh menolak ketentuan Allah S.W.T. dan jika sesuatu itu dikehendaki berlaku olehNya maka pasti akan berlaku.

Beliau berkata, Zam sepatutnya berlapang dada dan menerima ketentuan Illahi dan tidak memandang serong terhadap orang lain.

"Sebagai umat Islam, kita kena percaya dengan ketentuan Allah S.W.T. dan menerima dengan redha sama ada baik atau buruknya," tegas beliau.

Beliau kesal kerana Zam sebagai bekas menteri berfikiran begitu cetek.

"Jangan terlalu menggunakan logik akal untuk menghukum atau memberi persespi buruk terhadap Perdana Menteri," tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan Zam dalam blognya, www.zamkata.blogspot yang sengaja memberi persespi buruk terhadap Najib.

Antara lain Zam mendakwa terlalu banyak bencana dan trajedi  yang berlaku di era Najib sebagai  Perdana Menteri Malaysia termasuk dalam insiden MH17 yang terhempas di wilayah Ukraine, Khamis lalu.

Menurut Syed Ali lagi, beliau amat kesal kerana Zam seperti sengaja menyalahkan Najib berhubung pelbagai isu yang berlaku.

"Saya hairan kenapa Zam sejak keluar daripada kabinet, tidak habis-habis mengkritik dan mengecam kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri.

"Apa lagi yang Zam tidak puas hati dengan Najib,? soal beliau.

Tambah beliau, insiden pesawat MH17 yang terhempas diluar jangkaan manusia dan berlaku dilaluan antarabangsa.

"Tak ada siapa menjangka perkara itu akan berlaku termasuk Perdana Menteri," ujarnya sinis sambil menambah Zam sewajarnya berfikiran secara matang.

Katanya, sebagai bekas pemimpin UMNO dan pernah berada dalam kabinet, Zam sepatutnya berfikiran positif dan memberi pandangan yang membina. 

Mengenai tuduhan Ketua Pemuda PAS Pusat bahawa MAS bersalah dalam insiden MH17 kerana melalui laluan berbahaya, Syed Ali berkata tuduhan itu amat dangkal.

"Macam-macam teori diberikan oleh mereka yang tidak berkelayakan berhubung tragedi itu termasuk pemimpin PAS," katanya.

Beliau mengingatkan, kejadian pesawat MH17 yang terhempas itu bukan isu politik.

"Saya nasihatkan parti pembangkang, tak usahlah nak politikkan isu MH17, ini soal nyawa manusia. 


2 ulasan:

  1. salam tuan,
    at least Zam ada telur...suka saya ingatkan diri saya dan semua, kalau BN jatuh nanti bukan disebabkan Pakatan Haram kuat tapi sebab orang2 Melayu/BN/UMNO yang saling tak bersatu padu...walaupun pahit kata2 Zam, mungkin satu hari kemanisan yang akan kita dapat..kalaupun tuan tak suka dengan Zam, sekali sekala simpan2 dalam hati...mungkin ada kebenaran..sememangnya memang termat pahit untuk ditelan..jawatan yang kita ada hanya sementara..kalau BN kalah/lingkup..saya tak rasa tuan pun akan dapat apa2 jawatan pun..wallahuallam..

    BalasPadam