KERAJAAN disarankan mengkaji balik cadangan
untuk memansuhkan Akta Hasutan, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri
Syed Ali Alhabshee.
Katanya, pemansuhan akta tersebut dikhuatiri
akan memberi implikasi buruk terhadap kesejahteraan rakyat berbilang kaum di
negaran ini.
“Pemansuhan akta tersebut tidak memberi
kesan positif kepada kaharmonian rakyat,” tegasnya.
Sebaliknya kata beliau, akan memberi ruang
kepada pihak tertentu melakukan hasutan, cercaan dan provokasi terhadap
kerajaan.
"Pihak tertentu juga bebas menghasut rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih menerusi amalan demokrasi," tegasnya.
Beliau berpendapat, Akta Hasutan perlu
dikekalkan dengan melakukan proses penambahbaikan sejajar dengan situasi masa
kini.
Tegas beliau, Akta Hasutan perlu digunapakai sewajarnya bagi menangani apa jua isu membabitkan hasutan secara tegas dan tidak bertolak ansur.
“Saya khuatir selepas ini ada pihak menghasut
supaya memusuhi institusi raja-raja Melayu, orang Melayu dan umat Islam di negara
ini,” tegasnya.
Akibatnya kata beliau, Malaysia mungkin
boleh berada dalam keadaan huruhara.
Katanya, pertelingkahan antara kaum
kemungkinan akan turut berlaku akibat hasutan pihak berkepentingan.
Beliau berkata, pemansuhan akta itu akan memberi
kebebasan untuk rakyat melakukan hasutan
termasuk berbauh fitnah.
Sebelum ini Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) telah dihapuskan oleh kerajaan.
Akta Hasutan akan mansuhkan pula dan digantikan dengan Akta Harmoni dan Akta
Uniti.
Beliau bersetuju dengan pandangan bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pemansuhan akta tersebut akan menjadikan
rakyat negara ini bebas menghasut.
Dr Mahathir dalam tulisan terbarunya menerui chedet c.c hari ini (Isnin) melahirkan kebimbangan jika Akta
Hasutan dihapuskan.
Kata beliau, rakyat akan menerima
berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembangaan Malaysia.
Tidaklah mustahil kata Dr. Mahathir, mereka akan menghasut supaya institusi
raja-raja juga dihapuskan.
“Pelampau di kalangan rakyat bebas
mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan
supaya institusi raja dihapuskan,” ujarnya lagi.
Dr. Mahathir seterusnya berkata, tidak ada
undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.
Menurut Syed Ali lagi, pihak pembangkang sememangnya
amat berharap Akta Hasutan dimansuhkan.
“Mereka bebas menghasut dan lakukan
provokasi sepertimana sering dilakukan terhadap
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.
Malah kata beliau, pembangkang bebas
menghasut rakyat supaya memusuhi dan mengguling kerajaan secara kekerasan.
“Mereka lebih berani dan aggresif kerana
sudah tidak ada akta yang boleh menghalang mereka,” katanya.
Beliau berharap cadangan pemansuhan Akta Hasutan
dikaji semula kerana tidak ada kewajaran bagi kerajaan berbuat demikian.

x payahlah dok desak...biar je melayu lingkop. Ada presiden UMNO nak dengar? klu cina desak okey..aku jamin 100% layan..
BalasPadam