PEMIMPIN parti komponen
Barisan Nasional (BN) tidak wajar menyalahkan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu ‘kepala lembu’ di hadapan rumah wakil
rakyat DAP, RSN Rayer.
Ketua UMNO Bahagian
Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan pemimpin BN agar tidak
menjadi ‘nasi tambah’ hanya untuk
mencari kesalahan menteri berkenaan.
Serentak itu, beliau menegaskan
bahawa UMNO akan tetap mempertahankan pendirian Zahid berhubung isu tersebut.
“Kenapa pemimpin BN sibuk menyerang
Zahid apabila menteri berkenaan
dilaporkan sebagai berkata itulah harga yang perlu dibayar kerana mulut
celupar,” katanya.
Sebaliknya tegas beliau,
mengapa pemimpin BN berdiam diri dan tidak berani bersuara apabila wakil rakyat DAP
itu mengeluarkan kata-kata kesat ‘UMNO
celaka’.
“Mana ada pemimpin MCA,
Gerakan dan MIC yang mempertahankan UMNO apabila ‘dicelakakan’ oleh DAP, mengapa membisu, di mana semangat ketelusan dalam BN,”
tegasnya.
“Jangan nak jadi nasi
tambah, tak payah nak masuk campur hal UMNO, tak wajar nak serang Zahid hanya
kerana isu kepala lembu babitkan pemimpin DAP.
Syed Ali seterusnya mempersoalkan
atas dasar apa pemimpin BN beria-ia benar ‘menunjukkan
simpati’ kepada RSN Rayer sambil mengecam Zahid selaku menteri KDN.
“Apa motif mereka menyebelahi
wakil rakyat DAP itu,” soal beliau lagi,.
Beliau kesal kerana ada rakan
BN secara terbuka mencela Zahid seolah-olah menteri berkenaan tidak tahu berperanan
dalam menjaga keselamatan rakyat di negara ini.
Sebagai contoh, Pengerusi
Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow secara terbuka berkata Zahid harus ingat
bahawa kepala lembu yang ditinggalkan di depan rumah RSN Rayer bukan perkara
main-main.
Dalam hal ini, Syed Ali
berkata pemimpin BN sewajarnya melihat keculaparan RSN Rayer itu yang
mencetuskan kemarahan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu khususnya.
“Apabila RSN Rayer
mengatakan UMNO celaka, bermakna dia sudah bersedia untuk menerima padah akibat
perbuatan kurang ajarnya itu.
Tetapi malangnya kata
beliau, pemimpin BN menunding jari kepada Zahid seolah-olah menteri berkenaan
cuai dalam tugasnya berhubung isu kepala lembu.
“Tengok dulu siapa yang
mulakan angkara, jangan nak tunjuk pandai,” tegas beliau sambil mengingatkan
pemimpin BN supaya menggunakan saluran yang betul untuk mengeluarkan teguran
atau saranan.
Tambahnya, pemimin BN
sepatutnya mendahulukan semangat setiawakan dan tidak ‘menangguk di air keruh’ bersabit apa jua isu berkaitan anggota
komponen.
“Kita ada Dewan Tertinggi
BN, jika tak puas hati, gunakan saluran tersebut, bukannya sengaja mengeruhkan keadaan
hanya untuk menjadi juara kepada kaum tertentu,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan