Halaman

Ahad, 29 Jun 2014

Pembangkang tiada hak pertikai kuasa Najib lantik jemaah menteri - Syed Ali

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, parti pembangkang tidak berhak mencampuri urusan  berhubung perlantikan jemaah menteri oleh Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya kata beliau, parti pembangakang terutama PKR sewajarnya menguruskan diri mereka sendiri yang dilanda pelbagai masalah dan kekecohan.
"Daripada saman-menyaman dan baling kerusi dalam mesyuarat PKR, parti itu sepatutnya membersihkan diri terlebih dahulu sebelum mengkritik UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya," ujar beliau.
Beliau mempersoalkan tindakan parti pembangkang mempersoalkan perlantikan wakil MCA dan Gerakan sebagai menteri dan timbalan menteri yang dibuat oleh Najib baru-baru ini.
Beliau menasihatkan pemimpin pembangkang supaya terlebih dahulu membersihkan diri mereka yang terlalu kotor sebelum mencampuri urusan UMNO.
"Pada mereka semua yang dibuat oleh  Perdana Menteri tidak betul, mereka sebenarnya tidak perlu mencampuri  urusan UMNO dan BN,"tegasnya.
Syed Ali berkata,pembangkang sengaja memutarbelitkan apa jua isu berkaitan UMNO sebagai helah menutup kepincangan mereka.
"Rakyat sudah meluat dan bosan dengan telatah pembangkang yang tak habis-habis membuat onar dan suka  melemparkan fitnah," katanya.
Mengulas desakan Naib Pengerusi DAP,Teressa Kok yang mahu Najib menggugurkan Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN),Syed Ali berkata :
"Pembangkang boleh buat apa jua desakan kerana sudah menjadi tabiat buruk  mereka suka menggangu pentadbiran Najib.
Katanya, pembangkang tidak senang hati jika ada pemimpin UMNO khususnya menteri atau timbalan menteri yang lantang mempertahankan isu Melayu dan agama Islam.
Beliau menambah, desakan Teressa yang juga Ahli Parlimen Seputeh sebagai tidak berasas kerana Zahid menjalankan tugasnya sebagai pemimpin yang bertanggungjawab.
"Mengapa DAP marahkan Zahid,sedang yang celupar, biadab dan kurang ajar adalah Wakil Rakyat Seri Delima, RSN Rayer,"tegasnya.
Menerusi portal berita hari ini,  Teressa berkata Zahid seharusnya digugurkan daripada kabinet ekoran kenyataannya semalam yang mendakwa insiden kepala lembu di perkarangan rumah Rayer adalah akibat mulut celuparnya, kata DAP.
Teresa Kok berkata, meskipun Zahid tidak gemar dengan kenyataan "UMNO celaka" Rayer ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini, beliau seharusnya mengecam insiden kepala lembu dan memberikan jaminan kepada keselamatan Rayer.
Menurut Syed Ali lagi, DAP seharusnya sedar bahawa tuduhan 'UMNO Celaka' yang dibuat oleh Rayer telah menimbulkan kemarahan seluruh umat umat Melayu.
"Dia yang biadab, maka terimalah akibatnya daripada mulut cerlupar, jangan nak salahkan Zahid,"tegasnya.

1 ulasan:

  1. Pergi MAMPUS LA KAU PR...suka hati NAJIB la nak letak sape...teresa kok lu sapa...lu hanya layak cakap sama BABI saja...Bodoh punya CINA...

    BalasPadam