Halaman

Selasa, 24 Jun 2014

Sambutan 20 tahun UMNO Cheras ; Najib iktiraf perjuangan Syed Ali


DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, kehadiran beliau ke majlis sambutan ulang tahun ke-20 UMNO Bahagian Cheras kerana memberi pengiktirafan kepada Ketua Bahagian berkenaan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Menurut Presiden UMNO, kehadirannya membutikan bahawa segala perjuangan, pengorbanan dan 'kerja kuat' Syed Ali mendapat pengiktirafan pucuk pimpinan parti.

"Saya hadir pada malam ini kerana memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada Syed Ali (Datuk Seri) sempena sambutan ke-20 tahun UMNO Cheras," tegasnya.

Najib yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan pencapaian dan komitmen UMNO Bahagian Cheras yang dipimpin oleh Syed Ali.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dimajlis perasmian sambutan ulangtahun ke-20 UMNO  Bahgian Cheras, di Hotel Istana, Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Cheras dan Wilayah Persekutuan.

Dalam ucapannya Najib  menggariskan enam faktor yang perlu menjadi pegangan setiap ahli UMNO untuk memastikan parti itu dan orang Melayu kekal kuat serta berkuasa di negara ini.

Beliau berkata, faktor pertama adalah ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul serta mematuhi arahan pemerintah dalam apa sahaja keputusan demi kebaikan setiap lapisan rakyat Malaysia.

Menurutnya, faktor kedua adalah kesetiaan kepada negara dan parti yang perlu diterjemahkan pada setiap pilihan raya dengan memberi kemenangan kepada calon yang telah dipilih.

‘‘Perkara ketiga adalah keberanian dalam perjuangan iaitu kita tanamkan sifat berani semasa berjuang kerana lawan akan takut pada orang yang berani dan itulah sebenarnya karakter orang Melayu.

‘‘Yang keempat adalah kesetiakawanan sama ada susah atau senang. Bila ada pilihan raya pastikan parti kita berjaya tapi kalau tahu kalah, kita bantu rakan lain untuk memastikan mereka menang.

Menurut Najib, dua faktor seterusnya adalah kebijaksanaan dan keikhlasan yang mana bagi orang Melayu, sifat ikhlas itu telah dipupuk melalui amal ibadat kepada Allah SWT yang menjanjikan ganjaran pahala.

"Kita kena bijak sebab kalau hentam semberono sahaja tidak akan menang. Saya mahu sebut teknologi, kalau orang lain guna Facebook, Twitter atau internet kita lawan balik dengan cara sama.

"Strategi juga mesti ada. Pepatah mengatakan orang yang tidak betul pun tapi kalau ada strategi boleh kalahkan orang yang betul tapi gagal merancang," kata beliau.

Najib berkata, penubuhan UMNO pada tahun 1946 merupakan titik permulaan kepada penyatuan orang Melayu di negara ini justeru parti itu perlu sentiasa dipertahankan.

Ini kerana katanya, sejarah membuktikan punca utama orang Melayu dijajah selama 500 tahun adalah kerana mereka berpecah mengikut negeri dan puak masing-masing sehingga menjadi terlalu lemah apabila diserang musuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan