TRADISI UMNO Bahagian Cheras pada setiap lima tahun sekali akan diadakan sambutan ulang tahun penubuhannya secara besar-besaran dan menjadi penanda aras kejayaan parti itu memperjuangkan agenda umat Melayu.
Bermula sambutan ulangtahun ke-5 UMNO Bahagian Cheras, diikuti ulangtahun ke-10 dan ke-15 tahun, pada 23 Jun 2014 ini, sambutan ke-20 Tahun UMNO Bahagian berkenaan akan diadakan secara besar-besaran dan penuh gilang-gemilang.
"Sambutan lima tahun sekali antara lain mengimbas kembali perjuangan silam disamping menghargai pengorbanan ahli-ahli UMNO khususnya di Bahagian Cheras," jelas Ketua UMNO Bahagian berkenaan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Katanya, sambutan ke-20 Tahun pada 23 Jun ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO.
"UMNO Bahgaian Cheras akan mengadakan sambutan ulangtahun setiap lima tahun sekali dan merupakan tradisi kecemerlangan UMNO Bahagian ini," tegasnya.
Majlis tersebut yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet dan pemimpin-pemimpin UMNO serta warga pendidik daripada Yayasan Pendidikan Cheras (YPC).
"Sambutan kali ini (20 tahun) dilihat sebagai kemuncak kepada kegemilangan UMNO Bahagian Cheras sejak mula ditubuhkan sehingga kini," katanya.,
Menurut beliau, signifikan sambutan ulangtahun tersebut jelas membuktikan bahawa orang Melayu terutama di kawasan bandar kosmopolitan Kuala Lumpur khususnya di Cheras masih lagi tinggi tahap sokongan mereka terhadap UMNO.
Tambah beliau, bersempena dengan sambutan Ulangtahun ke-20 Tahun UMNO Bahagian Cheras 23 Jun ini juga, seramai 20 orang telah dipilih untuk mengerjakan ibadat Umrah.
"Pemilihan mereka berdasarkan kepada sumbangan dan peranan yang telah mereka curahkan kepada UMNO Bahagian Cheras," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan