DATUK Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan pemimpin parti politik pembangkang supaya jangan sengaja mengungkit dan mempersoalkan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, dalam Perlembagaan Persekutuan sudah tercatat bahawa Islam merupakan agama rasmi negara disamping bukan Islam bebas mengamalkan agama masing-masing.
"Semua kaum sebelum ini telah bersetuju dengan perlembagaan tersebut di bawah Perkara 3 bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia dan raja-raja Melayu sebagai ketua agama di setiap negeri," ujarnya.
Justeru itu tegas beliau, apabila parti politik pembangkang sengaja mengungkit status agama islam di negara ini bermakna mereka mempunyai agenda tertentu.
"Apa niat mereka?, masih lagi mempersoalkan perkara itu sedangkan semua kaum di negara ini sedia maklum bahawa Islam merupakan agama rasmi," tegasnya.
Oleh sebab itu jelas beliau, tidak timbul sama ada negara ini sekular atau sebuah negara Islam kerana pentadbirannya masih berlandaskan kepada syariat Islam.
Syed Ali menyelar sikap Ahli Parlimen DAP Sibu, Oscar Ling Chai Yew di dalam sidang Parlimen hari ini (Isnin) yang mahu kerajaan menyatakan adakah Malaysia negara sekular atau sebaliknya.
"Ahli Parlimen DAP itu terlalu prejudis, masih tebal dengan sikap buruk sangka terhadap pentadbiran agama Islam di negara ini," tegasnya.
Beliau menyifatkan pertanyaan wakil rakyat DAP itu sebagai sengaja ingin mencetuskan keresahan di kalangan penganut bukan Islam di negara ini.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO / BN Wilayah Persekutuan kesal kerana DAP masih berterusan memainkan sentimen agama untuk kepentingan politik mereka.
"Sejak kebelakangan ini, DAP begitu ghairah mencetuskan provokasi agama terutama membabitkan Islam, termasuk dalam isu penggunaan kalimah Allah," tegasnya.
Beliau mendakwa, dalam usaha DAP mengekalkan status-quo politik rasis parti itu sengaja menyemarakkan sentimen agama bagi mencetuskan ketidakpuashatian rakyat (bukan Islam) terhadap kerajaan.
Menurut beliau lagi, pegangan agama dan fahaman budaya rakyat pelbagai kaum di negara ini tidak sewajarnya dijadikan isu politik hanya semata-mata untuk meraih sokongan serta populariti.
"Mengungkitkan status agama seolah-olah cuba menakut-nakutkan bukan Islam, ini satu soalan yang tersirat dengan agenda meragukan," tegasnya.
Katanya, Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah diiktiraf oleh seluruh dunia dan diperakui sebagai sederhana dan menolak sebarang bentuk keganasan.
Oleh sebab itu jelasnya, dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap berlaku adil kepada penganut bukan Islam dan tidak pernah menyekat hak mereka selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang.
Tambahj beliau lagi, kedudukan Malaysia sama ada dari segi sejarah, georafi dan politik nusantara jelas menunjukkan ajaran Islam sudah lama bertapak sejak zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Dalam perkembangan lain, Syed Ali turut membidas sikap sesetengah wakil rakyat pembangkang di Sabah yang didakwa mahukan seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik mewakili Sabah dan Sarawak.
"Cadangan tersebut tidak realistik, sebalikknya hanya akan mencetuskan suasana politk dan pentadbiran yang tidak selari dengan kerajaan Persekutuan," ujarnya.
Lagipun kata beliau, kedudukan Timbalan Perdana Menteri yang ada sekarang ini dilihat sudah memadai dalam membantu pentadbiran Perdana Menteri.

Salam Bro,mintalah penyokong PAS atau Melayu PKR dan Melayu DAP mengulas perkara ni sebab mereka kan lebih arif.
BalasPadam