Ini kerana kata beliau,
tindakan tersebut akan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat khususnya umat
Islam.
Beliau berkata, isu hudud
tidak sepatutnya diperdebat atau dibahas secara terbuka terutama oleh mereka yang bukan
ilmuan agama kerana ianya membabitkan hukum dan syariat Islam.
“Adalah tidak molek hudud,
salah satu undang-undang Islam yang
terkandung di dalam kitab suci al-Quran dipersoalkan secara terbuka termasuk
oleh bukan Islam,” tegasnya.
“Saya khuatir akibatnya
ajaran Islam akan dipersenda atau diperlekehkan oleh pihak tertentu.
Bagaimanapun beliau tidak
menolak timbul persepsi negatif bukan
Islam terhadap hukum hudud kerana mereka tidak diberikan penerangan yang jelas
mengenainya.
“Kekeliruan itu mungkin
berlaku kerana tidak ada usaha dilakukan untuk memperjelaskan secara terperinci tatacara dan
implikasi hukum tersebut jika dilaksanakan,” ujarnya.
Beliau turut kesal bukan
Islam mempergunakan isu pelaksanaan hukum hudud sebagai agenda politik untuk
mencela umat Islam.
Tambah beliau lagi,
tokoh-tokoh agama termasuk mufti boleh berperanan untuk menjelaskan kepada
bukan Islam berhubung isu berkenaan.
Mengulas ancaman dua parti
komponen terbesar BN, iaitu MCA dan MIC jika UMNO menyokong Rang Undang-Undang
(RUU) pelaksanaan hukum hudud, Syed Ali berkata tindakan sedemikian tidak
mencerminkan kesepakatan dalam BN.
“Kita akur MCA dan MIC
berhak buat bantahan, tetapi memberi ancaman (ugutan) kepada UMNO, seperti akan keluar daripada BN merupakan tindakan terburu-buru,”
jelasnya.
Beliau kesal kerana MCA dan
MIC menggunakan saluran media untuk menyuarakan kecaman dan bantahan mereka
terhadap UMNO berhubung isu hudud.
“Sebagai rakan dalam BN,
sepatutnya mereka boleh rujuk kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk mendapatkan
penjelasan,” katanya.
Malah kata beliau, parti
komponen berkenaan sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan
ketidakpuashatian mereka.
“Sekarang rentak mereka
(MCA dan MIC) seperti pembangkang, ini yang mengecewakan kita,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan