Halaman

Rabu, 7 Mei 2014

Syed Ali : buka ruang dekatkan anak muda dengan perjuangan UMNO

UMNO perlu mencari kaedah yang lebih komprehensif bagi mendekatkan golongan muda terhadap perjuangangan parti itu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, selagi golongan muda tidak didedah dan diterapkan dengan falsafah perjuangan asal UMNO maka selagi itulah mereka tidak mengenali dan menghargai sumbangan parti terhadap pembinaan negara bangsa.

“Sebagai pemimpin UMNO, kita perlu bersifat terbuka dan bersedia memberi laluan kepada anak-anak muda melibatkan diri dan sekaligus memberi peluang kepada mereka menerajui parti,.” tegasnya.

Masalahnya kata beliau, ada kalangan pemimpin parti yang sepatutnya berundur masih keberatan untuk melepaskan jawatan kerana atas sebab kepentingan peribadi.

“Ini masalah yang kita kena akui dan gejala ini juga menjadi salah satu punca kenapa anak-anak muda agak keberatan untuk menyertai UMNO,” ujarnya.

Secara jujurnya Syed Ali menegaskan, kengkangan dan halangan tersebut perlu diruntuhkan supaya anak-anak muda akan aktif bersama UMNO.

Beliau mengingatkan, apabila golongan muda menjauhkan diri daripada UMNO, kesempatan itu telah dieksploitasikan oleh pihak pembangkang.

“Apabila anak muda tidak tahu perkembangan dan sejarah perjuangan UMNO, kita bimbang pembangkang akan meracuni pemikiran dengan dakyah dan fitnah,” tegasnya.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutruan menyatakan demikian ketika berucap merasmikan majlis Retreat Pemimpin Muda & Dialog Bersama Pemimpin, anjuran Biro IPT UMNO Bahagian Cheras di Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Syed Ali lagi, UMNO perlu membuka ruang seluas-luasnya kepada pembabitan golongan muda kerana mereka merupakan pewaris kepada masa depan negara.

“UMNO perlu mempunyai pemimpin pelapis, untuk itu mereka perlu diberikan peluang dan ruang mendekatkan diri dengan parti,” tegasnya.


“Biar mereka (anak muda) dekatkan diri dengan UMNO, berikan mereka peluang kerana mereka penentu masa depan UMNO.

1 ulasan:

  1. datuk , ramai anak muda dah meluat dgn UMNO.

    BalasPadam