DATUK Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan tindakan Datuk Seri Ahmad Said keluar daripada UMNO kerana ditamatkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu sebagai mengkhianati perjuangan parti.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, Ahmad tidak sepatutnya berbuat demikian jika beliau benar-benar sayangkan kepada perjuangan UMNO yang selama ini telah banyak berjasa kepada beliau.
"Takkan kerana tidak diberikan jawatan Menteri Besar, ambil sikap khianat kepada parti dengan mengisytiharkan sebagai wakil rakyat bebas," tegasnya.
Tambah beliau, tindakan tersebut juga menyerlah sikap sebenar bekas Menteri Besar Terengganu itu.
"Kalau dia benar-benar seorang pejuang UMNO, soal ada jawatan atau tidak bukan perkara penting, " tegasnya.
Katanya lagi, tindakan Ahmad itu membuktikan bahawa beliau lebih mengutamakan agenda peribadi daripada kepentingan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi.
"Dia mungkin merajuk kerana jawatan Menetri Besar diberikan kepada orang lain, tetapi bagaimana ahli-ahliu UMNO di bawah,?" soal belioau.
"Jika bekas Menteri Besar Terengganu itu seorang pemimpin bertanggungjawab, beliau tidak akan berbuat demikian memandangkan senario politik di negeri itu amat membimbangkan.
Mengenai alasan Ahmad bahawa tindakannya keluar UMNO kerana tidak berpaushati dengan masa pertukaran Menteri Besar yang dibuat beberapa hari sebelum perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini, Syed Ali menjelaskan :
"Sebagai ahli parti, kita kena akur dan berlapang dada dengan apa juga tindakan dan bersedia menerima apa juga keputusan pucuk pimpinan parti.
Beliau bagaimanapun menyifatkan isu perkahwinan anak bekas Menteri Bersar Terengganu itu sebagai agenda peribadi.
"Itu soal peribadi, kenapa nak dikaitkan dengan kedudukan dalam UMNO, ?soal beliau lagi.
Beberapa portal berita hari ini memberi luptan meluas berhubung pertukaran Menteri Besar Terengganu dan tindakan drastik Ahamd keluar daripada UMNO kerana dikatakan sangat ekcewa dengan perkembangan tersebut.
Tindakan Ahmad itu juga dituruti oleh rakan-rakannya dalam UMNO Terengganu termasuk beberapa EXCO Kerajaan Negeri.
Portal berita pro-pembangkang, malaysiakini.com dalam laporan terkininya turut menyebut bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar UMNO dan bertindak sebagai wakil rakyat bebas.
Tuan Syed,
BalasPadamSiapa khianat siapa?
Selama ini pun saya tak dengar pun umno terengganu bergolak. Yang bergolak bukan ahmad said tapi beberapa org yg tak suka dgn ahmad said.
Kalau jadi pada saya pun saya akan marah. Bukan soal peribadi yg menjadi pertaruhan, tapi ini soal dendam pemimpin umno pada ahmad said.
Saya selalu dtg ke terengganu buat kerja di kerteh. Pas semasa memerintah telah menjahanamkan terengganu. Idirs memperbetulkan, tapi era pak lah, idris tersepit. Ahmad said mwngambil alih pada 2008.
Idris merajuk, umno terengganu bergolak. Siapa golakkan?
Cuba tuan syed ingat balik.
Pergolakkan sampai sekarang tuan syed.
Ahmad said adalah org yg sesuai menerajui terengganu bukan org elit.
Umno sure rebah bersama org melayu.
Maaf kali ini saya benar benar tidak setuju dgn ds najib.
The trust is gone.
Memang tak logik...tp takkan tak leh tunggu 4 hari jer lg...pastu buat peralihan secara teratur. ... aura PM najib bukan sekuat Tun M...
BalasPadamSedarlah kedudukan UMNO ketika ini...
semuanya kerana perut sendiri dan sangat kekurangan akal. presiden umno sendiri sudah habis fikir dan kaji akan implikasi tindakan mengarahkan ahmad said letak jawatan? lihat dan lihat bahana yang datang sebab melihat sejengkal dihadapan sedangkan politik perlukan pandangan sejauh saujana mata memandang! ya, semua kena akur kepada arahan presiden umno...kononnya. tuan presiden dapat mimpi dari mana dan atas sebab apa arahkan mb trengganu letak jawatan. kerana sudah ada perjanjian bertuliskah? jika ya, kenapa tidak ada sebarang tempoh lanjutan, sekurang-kurangnya sehingga masalah keluarga ahmad said diselesaikan. semuanya kerana gelojoh. presiden gelojoh kerana kegelojohan penasihat yang inginkan jawatan secara gelojoh. ahmad said juga gelojoh kerana bertindak macam hilang akal. nasib parti yang membawanya sampai menjawat jawatan mb dijadikan pertaruhan. habis manis sepah dibuang. agaknya memang pemimpin umno ni majoritinya jenis pengkhianat yang akan berpaling tadah bila kepentingan sendiri terancam. rumusannya ialah:
BalasPadam1. ahmad said jenis manusia hipokrit dan pentingkan hati perut sendiri dan langsung tak fikir akibat bila kelambu yang memayunginya selama ini dibakar.
2. presiden parti kurang cermat dalam menilai implikasi arahan kepada ahmad said. adakah keputusan ini menguatkan parti atau menghuruharakan parti?
3. penasihat-penasihat presiden umno dari trengganu patutnya terjun lombong kerana hasrat memegang tampuk kuasa di trengganu hanya laku sehari sahaja. padan muka, Allah bayar cash atas kejahatan hati dan tindakan tamak haloba kamu semua. apa yang kamu dapat?
4. bagi mengajar umno trengganu (jika kekalahan kepada pas beberapa penggal yang lepas masih tidak menjadi pengajaran), biarlah parti umno menjadi pembangkang di trengganu. bila senang semua fikir bagaimana nak jadi kaya raya dan tak fikir pasal rakyat. bila susah, barulah faham erti perpaduan dan tidak fikir tembolok sendiri.
5. padan muka umno trengganu. muak dan mual dengan gelagat pemimpin umno.
janganlah nampak sebelah pihak saja...bukankah seseorang ketua tu..hendaklah orangnya bjaksana,penuh berhemah dan penuh pertimbangan?....itulah tugas ketua dan kerana itu dia diberi amanah....kalau dah tak boleh menjalankan amanah dan berkali-kali melacurkan amanah maka eloklah berundur saja.....meyusahkan
BalasPadamTuan Syed,
BalasPadamKita amat faham didalam politik memerlukan pengorbanan asalkan tidak memecahbelahkan parti.
Jika tuan dipihak X Mb lah dikata, telah merayu agar pelepasan tugas dilanjutkan sehingga selepas selesai majlis tetapi sebagai pemimpin besar parti , bagaimana pula pandangan tuan, Wajib atau tidak diberikan kelonggaran kepada yang memohon, sebagai manusia yang telah mempunyai jasa terhadap kerajaan negeri , apakah berdoa sekiranya tidak meletak jawatan secara segera jika diminta oleh paresiden aprti sedangkan pada waktu itu orang berkenaan sedang bagitu sibik mengurus soal peribadi apatah lagi sebuah majlis gemilang menerima menantu,
Saya juga tidak bersetuju dengan cara otokrasi yang dibawa oleh DS Najib sedangkan tidak ada bezanya 1 minggu atau sebulan asalkan persetujuan kata sepakat telah dicapai. Pada saya tuan syed , nak mengampu pemimpin ada tempat nya , belum kena belum rasa, sekarang bagaimana ? tidak usah kita pertikatkan kenapa dan megapa x Mb berbuat demikian sebaliknya kita bertanya kewajaran DS Presiden mendesak perletakan segera dan kompromi
Manakah sifat-sifat kemanusiaan mu wahai tuan presiden? Terima kasih kerana memberi ruang dan peluang pas, pkr dan dap untuk mengalahkan umno!
BalasPadam