Beliau berkata, selagi golongan
muda tidak didedah dan diterapkan dengan falsafah perjuangan asal UMNO maka
selagi itulah mereka tidak mengenali dan menghargai sumbangan parti terhadap
pembinaan negara bangsa.
“Sebagai pemimpin UMNO,
kita perlu bersifat terbuka dan bersedia memberi laluan kepada anak-anak muda
melibatkan diri dan sekaligus memberi peluang kepada mereka menerajui parti,.” tegasnya.
Masalahnya kata beliau, ada
kalangan pemimpin parti yang sepatutnya berundur masih keberatan untuk
melepaskan jawatan kerana atas sebab kepentingan peribadi.
“Ini masalah yang kita
kena akui dan gejala ini juga menjadi salah satu punca kenapa anak-anak muda
agak keberatan untuk menyertai UMNO,” ujarnya.
Secara jujurnya Syed Ali
menegaskan, kengkangan dan halangan tersebut perlu diruntuhkan supaya anak-anak
muda akan aktif bersama UMNO.
Beliau mengingatkan, apabila
golongan muda menjauhkan diri daripada UMNO, kesempatan itu telah
dieksploitasikan oleh pihak pembangkang.
“Apabila anak muda tidak
tahu perkembangan dan sejarah perjuangan UMNO, kita bimbang pembangkang akan
meracuni pemikiran dengan dakyah dan fitnah,” tegasnya.
Beliau yang juga Setiausaha
Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutruan menyatakan demikian ketika berucap
merasmikan majlis Retreat Pemimpin Muda
& Dialog Bersama Pemimpin, anjuran Biro IPT UMNO Bahagian Cheras di
Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Syed Ali lagi,
UMNO perlu membuka ruang seluas-luasnya kepada pembabitan golongan muda kerana
mereka merupakan pewaris kepada masa depan negara.
“UMNO perlu mempunyai
pemimpin pelapis, untuk itu mereka perlu diberikan peluang dan ruang mendekatkan
diri dengan parti,” tegasnya.
“Biar mereka (anak muda)
dekatkan diri dengan UMNO, berikan mereka peluang kerana mereka penentu masa
depan UMNO.
datuk , ramai anak muda dah meluat dgn UMNO.
BalasPadam