Ini katanya, segala
pergerakan buah catur telah digerakkan oleh individu yang bernama Datuk Seri Anwar
Ibrahim bagi mengekalkan penguasaanya dalam permainan tersebut.
“Dialah raja dan dialah permaisusiri
yang mengawal segala pergerakan, mana-mana pengikut yang bercanggah haluan atau
pendapat akan disingkirkan,” tegasnya.
Menurut beliau, permainan
catur seperi itulah yang sekarang ini sedang melanda PKR di mana Anwar telah
mengawal selia perjalanan mesyuarat pemilihan PKR di peringkat bahagian dan negeri.
“Akibat percaturan Anwar
yang mahu memastikan konco-konco politiknya terus hidup, dia sanggup ketepikan
prinsip demokrasi dan semangat setiakawan dalam PKR sehingga mencetuskan
ketegangan dan kekecohan dalam parti itu,” ujarnya.
Syed Ali seterusnya
menempelak Anwar yang selama ini mendakwa UMNO tidak menghormati prinsip
demokrasi semasa berlaku pertandingan dalam parti berkenaan.
“Anwar tuduh UMNO, tetapi
sekarang terbukti bahawa beliau sebenarnya pencabul hak asasi ahli-ahlinya
disamping mengkhianati amalan demokrasi dalam PKR,” tegasnya.
Anwar katanya, sanggup berbuat
demikian bagi memastikan dinasti politik keluarga beliau tidak pupus walaupun
pada hakikatnya beliau tidak dapat bertanding sebarang jawatan kerana disabit
bersalah dalam kes kliwat 2 baru-baru ini.
“Anwar sememangnya
pemimpin politk yang tidak pernah jujur dan tidak amanah, sepatutnya selepas
disabit bersalah oleh mahkamah beliau sewajarnya tidak mencampuri sebarang
urusan pemilihan dalam PKR,” tambahnya.
Katanya, campur
tangan Anwar dengan memastikan konco-konco
beliau terselamat pada pemilihan jawatan tertinggi parti itu juga menunjukkan sifat
rakus dan pendustaannya.
Akibat daripada itu kata
beliau, berlaku kekecohan dalam
pemilihan parti peringkat bahagian di beberapa negeri seperti di Pulau Pinang,
Perak, Kedah dan Sabah sehinga timbul desakan supaya pemilihan di adakan semula.
Katanya lagi, Anwar
terpaksa mencaturkan pemilihan kali ini
bagi memastikan kedudukan Datin Seri Dr Wan Azizah ismail dan anaknyua, Nurul
Izzah terselamat daripada sebarang cabaran.
“Memang isterinya Wan Azizah
kekal sebagai presiden boneka PKR, tetapi Izzah belum tentu kerana khabarnya
ada pesaing hebat yang mencabar kedudukan beliau,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan