
PEMIMPIN pembangkang perlu bertangungjawab jika berlaku kekecohan pada perhimpunan 1 Mei membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur petang esok, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Ini kerana kata beliau, beberapa siri perhimpunan dan demontrasi jalanan anjuran pembangkang berkesudahan dengan kekacauan dan mencerca pihak berkluasa disamping mengecam kerajaan secara terbuka.
Beliau berkata, perhimpunan membabitkan pembangkang dan kumpulan pelampau sekitar Kuala Lumpur termasuk di Padang Merbok sebelum ini berakhir dengan kaganasan.
Peserta perhimpunan kata beliau, mengambil kesempatan untuk melemparkan pelbagai tuduhan, fitnah dan penghinaan melampau terhadap kerajaan khususnya pemimpin UMNO.
"Walaupun Polis Kuala Lumpur difahamkan telah memberi kebenaran kepada penganjur perhimpunan 1 Mei petang esok untuk berhimpun di Jalan Raja, berdepan dengan Dataran Merdeka, tetapi kita khuatir kumpulan berkenaan akan bertindak ganas," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mahu polis bertindak tegas dan menangkap mana-mana individu atau kumpulan pelampau yang sengaja mencetuskan kekacauan dan ketegangan pada perhimpunan tersebut.
"Seboleh-bolehnya kebenaran tersebut di kaji semula kerana perhimpunan membabitkan pihak pembangkang dan aktivis pelampau dilihat lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan kepada orang ramai," tegasnya.
Beliau turut menjangkakan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke perhimpunan tersebut petang esok akan dicemari dengan perbuatan liar yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
"Pihak berkuasa sepatutnya tidak berlembut dengan pembangkang yang sengaja mahu mencetuskan kekecauan di ibu kota," ajarnya lagi.
Katanya, walaupun polis mempunyai alasan membenarkan perhimpunan tersebut tetapi orang ramai khususnya warga kota bimbang tindakan tersebut akan bertukar menjadi medan provokasi dan mengecam kerajaan.
Menurut beliau lagi, empat lokasi yang ditetapkan pihak berkuasa iaitu Masjid Negara, Sogo, Dataran Maybank dan KLCC merupakan 'lokasi panas' yang sering mencetuskan keganasan setiap kali pembangkang mengajurkann perhimpunan jalanan.
Kata Syed Ali, beliau difahamkan Anwar juga akan diberikan peluang berucap pada perhimpunan tersebut dan kesempatan itu kemungkinan dijadikan pentas bagi Ketua Pembangkang untuk menyerang kerajaan bersabit keputusan penghakiman isu liwat-2.
"Saya tidak nampak mereka akan berhimpun secara aman, sudah beberapa kali mereka mengadakan perhimpunan seperi itu dan berkahirnya dengan kekacauan dan memaki hamun pihak berkuasa tarmasuk pihak polis,." tegasnya.

Dalam hal ini, beliau mahu pihak polis mengkaji balik kebenaran mengadakan perhimpunan tersebut demi memelihara ketenteraman awam.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam sidang medianya bersama beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Lumpur hari ini, menjelaskan pihak berkuasa telah membenarkan penganjur berhimpun di Jalan Raja bagi tujuan tersebut.
Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu memberitahu, perhimpunan bertemakan warna merah sebagai simbolik perjuangan buruh telah dipersetujui dalam perbincangan dengan OCPD Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, semalam.
Mereka juga bersetuju supaya padang dekat Dataran Merdeka tidak dimasuki oleh peserta himpunan dan menjangkakan peserta akan melimpahi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Raja Laut.
Mat Sabu mengesahkan bahawa Anwar bersama beberapa pemimpin tertinggi PR akan menyertai perhimpunan tersebut.
"Kita tidak akan masuk ke padang. Kita menghormati (persetujuan). Wakil PAS, DAP dan PKR akan ada di sana. Polis ada bersama (untuk mengawal keadaan)," kata Mat Sabu dalam sidang media tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan