Halaman

Isnin, 28 April 2014

Rakyat faham isu liwat masalah peribadi, moral Anwar - Syed Ali


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menjelaskan rakyat negara ini memahami bahawa keputusan kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan isu peribadi.

"Rakyat yang menghormati undang-undang melihat kes tersebut sebagai masalah peribadi dan moral Anwar," tegasnya.

Oleh sebab itu katanya, rakyat menerima keputusan mahkamah yang mendapati Anwar berrsalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari.

Menurutnya, kes liwat membabitkan  Anwar merupakan isu peribadi dan beliau sepatutnya bertanggungjawab di atas perbuatan tersebut.

"Cuma yang mengecam kerajaan dan melemparkan tuduhan kononnya Anwar menjadi mangsa kospirasi politik ialah puak pembangkang dan sekumpulan kecil yang bersimpati," ujarnya.

Pembangkang dan kumpulan minoriti itu kata beliau, tidak pernah melihat 'keadilan' sebenar disebalik keputusan tersebut.

"Mereka disogok dengan persespi kononnya Anwar dizalimi, tetapi ramai yang tidak memberi perhatian kepada mangsa yang diliwat oleh Ketua Pembangkang itu," tegasnya.

Dalam hal ini, beliau yakin rakyat tidak mudah percaya dengan pembohongan dan penyelewengan fakta yang dilakukan Anwar.

Tambah Syed Ali lagi, kumpuluan minoriti yang menyokong gerakan politik pembangkang menuduh sistem keadilan dan perundangan negara ini sebagai tidak adil kerana tidak memihak kepada Anwar.

"Keadilan telah diputarbelitkan dan mereka tuduh kes liwat Anwar merupakan sengketa keraaan  Barisan Nasional (BN) dengan Anwar.

Beliau menyifatkan provokasi sedemikian sebagai putar belit Anwar untuk memperdayakan rakyat kononnya perundangan berat sebelah.

"Anwar juga lemparkan tuduhah kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di belakang provokasi tersebut," ujarnya.

Tuduhan tersebut tegas beliau, merupakan fitnah jahat Anwar bagi mengemis simpati rakyat.

Syed Ali juga menyifatkan 'tiada pertemuan' Barack  Obama dengan Anwar sebagai perkara biasa memandangkan Anwar hanya seorang pemimpin politik kumpulan minoriti.

"Pada hemat saya, tiada keperluan bagi seorang Presiden Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang itu, siapalah Anwar," ujarnya.

Obama katanya, hanya akan membuang masa yang amat berharga dalam rangka lawatan kerjanya ke negara ini jika bertemu dengan Anwar.

Beliau mengulas demikian sebagai reaksi terhadap penjelasan Najib semalam akan hakikat bahawa kes liwat bukan mengenai kerajaan lawan Anwar.

Perdana Menteri  memberitahu sidang akhbar, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Malaysia dan CNN, bahawa ia melibatkan seorang bekas pekerja Anwar yang membangkitkan kes itu terhadapnya.

"Dan dari segi undang-undang, tidak kira anda orang kecil atau orang besar,  kita mempunyai hak samarata untuk mendapatkan keadilan dan saya fikir anda juga berpegang dengan prinsip ini," kata Najib.

"Percayalah bahawa Malaysia komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan kebebasan sivil," tegasnya.

Perdana Menteri berkata Malaysia telah melakukan banyak pembaharuan yang mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebebasan sivil dan kedaulatan undang-undang, dan usaha itu tidak sepatutnya dikesampingkan oleh pengkritik kerajaan.

Mengakui bahawa lebih banyak lagi perlu dilakukan dalam isu berkenaan, beliau berkata masyarakat juga perlu bersedia untuk berubah.

"Kerana apa yang penting adalah hasilnya. Dan sebagai perdana menteri negara ini, saya komited untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keharmonian (di Malaysia). Itu perkara paling penting, dan rakyat perlu menghormatinya," katanya.

Najib berkata demikian semasa menjawab soalan berhubung perkara itu dalam  sidang akhbar bersama-sama Obama selepas sesi perbincangan antara kedua-dua pemimpin di sini pada Ahad sempena lawatan tiga hari presiden AS itu ke Malaysia.

Beliau berkata bagi Malaysia, ia melibatkan sensitiviti yang ada hubung kait dengan kumpulan minoriti dan majoriti serta dalam mentadbir negara.

Memberikan contoh beberapa pembaharuan yang dilakukan sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada 2009, Najib berkata ia termasuk keputusan besar untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2012.   

"Negara-negara lain belum berbuat demikian, tetapi Malaysia telah mendahului dalam berbuat demikian...dalam tempoh ini, adalah adil untuk katakan bahawa ini merupakan pembaharuan terbesar dari segi kebebasan sivil dalam sejarah Malaysia.

"Dan saya fikir, anda tidak patut pandang rendah atau perkecilkan apa jua yang telah kami lakukan," kata Najib.



1 ulasan:

  1. ... "between 2 individual who happen his former staff" .... penjelasan tepat. .. dunia tak tahu ni...

    BalasPadam