KERAJAAN didesak mengembalikan
semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membendung kegiatan aktivis
pelampau dan kumpulan yang mengancam ketenteraman negara.
Ketika membuat desakan
itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk
Seri Syed Ali Alhabshee berkata kabinet perlu mengakaji semula keperluan
ISA dikekalkan demi kepentingan rakyat dan negara.
Beliau berkata, pemansuhan
ISA yang dilakukan kerajaan sebelum ini tenyata tidak memberi kesan positif
kepada ketenteraman awam dan perpaduan antara kaum.
“Akibat pemansuhan ISA,
muncul aktivis pelampau dan kumpulan tertentu yang cuba menggugat ketenteraman awam termasuk penyebaran hasutan dan fitnah
bertujuan meruntuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” tegasnya.
Menurut beliau, pemansuhan
ISA ternyata lebih banyak mendatangkan musibah daripada memberi manfaat
kepada rakyat khususnya membabitkan soal kesalamatan dan hubungan antara kaum.
Katanya, laman-laman
sosial terbukti dijadikan medium berpengaruh untuk aktivis pelampau dan pihak pembangkang
menyerang kerajaan dan menghasut rakyat.
“Keadaan menjadi bertambah
kronik apabila pihak berkuasa dilihat tergak-agak dan takut untuk untuk
bertindak balas terhadap kumpulan berkenaan,” tegasnya.
Syed Ali berkata,
pengekalan undang-undang sepertimana ISA di negara-negara tertentu seperti
Singapura, Thailand dan beberapa negara barat dilihat lebih berkesan bagi menangani
kegiatan aktivis dan politik pelampau.
Beliau menyebut contoh di
Thialand apabila berlaku keganasan politik baru-baru ini akhirnya kerajaan
terpaksa menggunakan undang-undang mirip ISA untuk melindungi kepentingan
rakyat dan mengekalkan kestabilan negara.
“Melihat kepada senario
sekarang, pentadabiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diharap
dapat mengkaji semula keperluan ISA dikembalikan,” katanya.
Beliau turut melahirkan
rasa kesal akibat pemansuhan ISA pihak pelampau dan kumpulan pembangkang
seperti hilang rasa hormat kepada intergriti pasukan keselamatan khususnya
Polis Di-Raja Malaysia (PDRM).
“Mereka berani mencerca
undang-undang, memaki-hamun piolis dan pihak berkuasa secara terbuka,” ujarnya.
Malah tegas beliau,
pemimpin politik pembangkang terutama DAP turut memainkan sentimen kaum dan agama untuk kepentingan mereka,.
Secara terbuka katanya,
mereka menghina dan mempersoalkan hak dan ketuanan Melayu, mempersendakan
bahasa kebangsaan dan memperlerkehkan kesucian agama Islam.
PANDANGAN BEKAS KETUA
HAKIM NEGARA
Beliau mencadangkan demikian
berikutan pandangan yang disuarakan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul
Hamid Mohamad berhubung masalah hubungan sosial dan kegiatan aktivis
melampau.
Dalam rencana yang
disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 April (Khamis), Abdul Hamid
turut menjelaskan matlamat PKR hanya untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri.
Bagi mencapai cita-cita
itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengorbankan hak orang
Melayu dan kedudukan agama Islam.
Bekas Ketua Hakim Negara
itu juga mengingatkan betapa Ngo-Ngo Cina mula menunjukkan sikap yang sebenar :
tamak dan kiasu dengan membuat tuntutan yang tidak berpatutan yang melanggar
peruntukan-peruntukan Perlembagaan khususnya mengenai hak orang Melayu dan
kedudukan Islam.
“Perbuatan itu mesti
dibendung. Untuk itu kerajaan hendaklah memikir mengenai keperluan mengadakan
semula ISA,” jelas Abdul Hamid lagi.
Dalam rencana tersebut,
beliau mahu kerajaan bersikap tegas dan tidak melayan tuntutan-tuntutan
melampau. Malah tindakan undang-undang hendaklah diambil terhadap mereka jika
mereka melanggarnya.
Dalam perkembangan
berkaitan, Syed Ali turut melahirkan raza bimbang terhadap penularan penagih
dadah membabitkan remaja Melayu.
“Ianya satu masalah yang
amat membimbangkan apabila ramai anak muda Melayu jadi penagih dan dalam masa
yang sama pembekal atau pengendar dadah semakin berleluasa,” tegasnya.
Beliau berkata, jika
gejala tersebut tidak dibendung ia akan memberi ancaman besar terhadap masa
depan negara.
Sehubungan itu, beliau
berharap pihak berkuasa akan melipatgandakan usaha untuk memerangi wabak tersebut
sebelum meruntuhkan masa depan remaja Melayu.
Beliau juga tidak menolak
kemungkinan sasaran menjadikan anak muda Melayu sebagai penagih dadah merupakan
salah satu strategi jahat pihak tertentu untuk meruntuhkan kuasa politik Melayu.
“Apabila anak mudah Malayu
sudah jadi penagih tegar, mereka ini tidak lagi memperdulikan mengenai masa
depan negara, agama dan kuasa politik, tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan