MEMANG sudah diduga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bersandiwara apabila menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu yang kini disandang oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, beliau sudah menjangkakan sejak daripada awal lagi bahawa Anwar hanya berlakon dan tidak akan bertanding jawatan Presiden PKR.
"Kita sudah kenal siapa Anwar, kaki pembelit, pembohong dan suka main sandiwara untuk mencuri perhatian umum," katanya.
Oleh sebab itu tambah beliau, kesediaan Anwar mencabar Dr Wan Azizah sebagai tidak masuk akal apabila membabitkan pertandingan antara suami isteri.
"Sudah saya duga, Anwar hanya main sandiwara untuk memperbodohkan penyokong PKR," tegasnya.
"Anwar sengaja buat gimik sedangkan beliau sendiri tahu bahawa keputusan liwatnya baru-baru ini telah menghalang beliau daripada memegang sebarang jawatan dalam parti.
Awal bulan ini, Syed Ali pernah menegaskan bahawa kesediaan Anwar menentang Dr Wan Azizah bagi jawatan tersebut sebagai tidak masuk akal dan sekadar sandiwara politk.
Penarikan diri Anwar daripada bertanding jawatan Presiden PKR diumumkan oleh Pengerusi Pemilihan (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini.
Penarikan diri Anwar sekaligus memberi kemenangan percuma kepada Dr Wan Azziah untuk terus kekal sebagai presiden parti yang disandangnya sejak tahun 1999.
Johari memberitahu, JPP menerima surat daripada Anwar sejak seminggu lalu yang menyatakan keputusannya untuk menarik diri.
Menurut Syed Ali lagi, keputusan penarikan diri Anwar dan kekalnya Dr Wan Azizah sebagai Presiden PKR tidak memebri sebarang kesan kepada UMNO.
"Tidak ada kena mengena dengan UMNO, lagi pun Dr Wan Azziah tiada kekuatan, sekadar presiden boneka yang ikut telunjuk Anwar," tegasnya.
Beliau turut meramalkan PKR akan terus berkubur apabila Anwar tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan