PIHAK berkuasa perlu lebih aggresif dalam usaha membanteras penyeludupan dan penyalahgunaan dadah di negara ini yang semakin membimbangkan, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Serentak itu, beliau mahu pihak berkuasa meningkatkan kawalan di pintu masuk utama negara ini termasuk di kawasan sempadan bagi melumpuhkan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah.
Menurut beliau sendiket pengedaran dadah terutama yang turut membabitkan warganegara asing dilihat sebagai satu perbuatan jenayah teracang yang perlu ditangani secara tegas.
"Apa yang kita kesal ada pula warga tempatan khususnya remaja yang sanggup menjadi keldai dadah, ini satu kes yang amat membimbangkan.
"Penyeludupan dan pengedaran dadah merupakan musuh utama negara dan saya mahu pihak berkuasa meningkatkan operasi mereka bagi membanteras kegiatan tersebut secara habis-habisan.
Dalam hubungan ini, beliau berkata tindakan perlu lebih tegas dengan memberi tumpuan utama kepada jerung-jerung sendiket penyeludupan dan pengedaran dadah.
"Kita tidak mahu ada lagi jerung-jerung yang membekalkan dadah dan tindakan tidak hanya lebih terumpu kepada penagih, ia mesti secara menyeluruh," ujarnya.
"Masalah dadah bukan perkara baru, tetapi jika tidak ada pembekal maka tidak ada penguna, oleh sebab itu kerajaan perlu lebih aggresif membanteras habis-habisan pembekal bahan tersebut.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) melahirkan rasa bimbang kes penagihan dadah terutama membabitkan remaja Melayu di negara ini didapati semakin meningkat.
Sebagai contoh, Syed Ali menyebut profil penagih dadah yang dikeluarkan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) bagi tempoh Januari hingga Jun 2013 iaitu seramai 3,028 orang yang berusia antara 15-64 tahun.
Beliau berkata, walaupun ada laporan menyebut berlaku sedikit penurunan tetapi masalah penagihan dadah di kalangan orang Melayui perlu dipandang serius.
"Masalah dadah masih lagi menjadi musuh utama negara terutama kepada golongan remaja yang merupakan aset modal insan," tegasnya.
Dalam hal ini, beliau mahu semua pihak seperti masyarakat dan komuniti setempat termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) memainkan peranan secara lebih defensif untuk memerangi gejala tersebut.
"Ibu bapa juga turun berperanan penting bagi memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan gejala dadah," ujarnya lagi.
Tambah beliau, kempen memerangi wabak dadah dengan slogan 'Hidup Tanpa Dadah' juga perlu dipertingkatkan secara lebih berkesan termasuk menerusi media eletronik dan media cetak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan