DATUK Seri Syed Ali Alhabshe menyifatkan dakwaan Pengarah Strategi PKR. Rafizi Ramli terdapat campur tangan Perdana Menteri dalam pemberian geran penyelidikan (R&D) Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (Mosti) RM100 juta untuk sebuah projek komersial sebagai tidak berasas.
"Tuduhan tersebut karut dan hanya untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, tidak ada keperluan bagi Datuk Seri Mohd. Najib untuk campur tangan dalam mana-mana kementerian berhubung perkara tersebut.
"Tidak mungkin berlaku campur tangan, kerana sesebuah kementerian diwakili oleh menteri terbabit tegas.
Malah kata beliau, kerajaan pimpinan Perdana Menteri mengamalkan sikap telus dan bertangungjawab serta tidak pernah berahsia dengan rakyat dalam apa juga perkara.
Malah kata beliau, kerajaan pimpinan Perdana Menteri mengamalkan sikap telus dan bertangungjawab serta tidak pernah berahsia dengan rakyat dalam apa juga perkara.
Beliau menjelaskan, kemungkinan Najib hanya meminitkan atau menyatakan sokongan terhadap cadangan sesuatu projek atau permohonan yang dikemukakan.
"Tetapi minit yang dicatatkan bukan bermakna kelulusan 100 peratus oleh Perdana Menteri," ujarnya.
Katanya, sebagai ketua kerajaan bukan menjadi satu kesalahan untuk beliau meminitkan sokongan atau sebaliknya kerana itu bukan bermakna satu arahan.
"Samalah jika Ketua Menteri Pulau Pinang atau Menteri Besar Selangor meminitkan sokongan terhadap sesuatu permohonan, ianya perkara lumrah dan lazimnya berlaku.
Untuk berlaku adil terhadap dakwaan tersebut, beliau mahu Rafizi juga mempersoalkan Lim Guan Eng berhubung kelulusan beberapa projek di Pulau Pinang.
"Mengapa Rafizi tidak berani untuk mendakwa bahawa mungkin terdapat juga campur tangan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam sesuatu projek pembangunan.
Sehubungan itu katanya, soal Perdana Menteri atau ketua kerajaan negeri meminitkan sesuatu permohonan bukan pekara yang perlu diperbesarkan dan dijadikan isu politik.
Oleh sebab itu kata Syed Ali, beliau menyifatkan Rafizi sebagai ahli politik 'yang tidak ada kerja' untuk dilakukan bagi menafaat rakyat.
"Dia tak ada kerja yang boleh mendatangkan menafaat, hanya suka mengkritik dan menyelongkar kesalahan orang lain tanpa fakta yang munasabah,",ujarnya.
"Terdapat kadangkala dakwaan beliau tidak masuk akal dan kebudak-budakkan.
PKR katanya, tidak pernah memberi input yang boleh membangunkan negara sebaliknya hanya sarat dengan tohmohan jahat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan