Halaman

Rabu, 16 April 2014

Ketua Penerangan UMNO Cheras meninggal dunia

KETUA Penerangan UMNO Bahagian Cheras, Encik Baharuddin Mustapa telah kembali ke Rahmatullah pada Rabu (16/4/2014), kira-kira pukul 6.45 petang akibat serangan
jantung.

Jenazah telah ditempatkan di Surau Abbas Alhabshee, PPR Laksamana, Cheras sebelum di bawa pulang ke kampung halamnya di Muar pada tengah malam ini.

Suasana penuh hiba di perkarangan surau dengan kehadiran sahabat handai dan seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Cheras bagi memberi penghormatan terakhir.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang turut berada di surau berkenaan ternyata amat sedih dengan pemergian allahyarham menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar kepada seluruh warga UMNO khsususnya di Bahagian Cheras dan di Wilayah Persekutuan amnya.

Beliau berkata, allahyarham merupakan ahli UMNO yang sangat aktif dan turut bertanggungjawab memperkasakan UMNO Bahagian Cheras sejak mula ditubuhkan pada tahun 1994.

"Saya amat terkejut dengan  berita itu, saya sedih kerana kehilangan seorang sahabat dan rakan perjuangan yang telah banyak  menabur khidmat bakti kepada UMNO Bahagian Cheras dan masyarakat setempat," tegasnya.

Beliau berkata, allahyarham seorang yang sentiasa didikasi dan bertanggungjawab melaksanakan apa jua tugas dan amanah yang diberikan.

Sehubungan itu kata Syed Ali, beliau akan memastikan kebajikan dan masa depan keluarga  khususnya anak-anak allahyarham akan sentiasa diberikan perhatian.

"Saya akan pastikan mereka tidak berasa terpinggir selepas ketiadaan allahyarham, saya akan hulurkan apa sahaja bantuan dan pertolongan untuk mereka," ujarnya lagi.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, Syed Ali berharap mereka akan menerima ketentuan Illahi dengan penuh sabar. Alfatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan