Menurut Ketua UMNO
Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabhsee, Presiden boneka Parti Keadilan
Rakyat (PKR) itu sewajarnya mengotakan segala janji yang pernah ditabur
sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.
“Macam-macam janji dan
pengharapan yang diberikan semasa berkempen, jadi saya berharap kotakan dulu
janji tersebut,” ujarnya.
Kata beliau lagi, kemenangan
Wan Azizah di DUN Kajang merupakan amanah pengundi yang dipertanggungjawabkan
kepada beliau.
“Pemimpin yang amanah
pasti akan berusaha untuk melunaskan janji yang telah dibuat, bukannya mula
berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri,” tegasnya.
Bagaimanapun jelas beliau,
bukan satu kesalahan bagi mana-mana pemimpin politik untuk bercita-cita menjadi
pemimpin nombor satu negara.
Wan Azizah sepertimana
dilaporkan oleh portal berita pro-pembangkang – malaysiakini.com semalam , melahirkan
rasa opitimis dan berpandangan bahawa setiap orang ‘mempunyai potensi’ untuk memikul tanggungjawab itu.
Wan Azizah menjelaskan
demikian kepada soalan yang diajukan kemungkinan beliau akan menjadi Perdana
Menteri wanita pertama Malaysia berikutan kejayaan ‘Langkah Kajang’ dengan memenangi kerusi DUN Kajang.
‘Langkah
Kajang’ merupakan projek pembangkang untuk menawan Putrajaya
dengan menjadikan PRK DUN Kajang sebagai
medan penentuan mencipta kemenangan
Mengulas lanjut, Syed Ali
berkata bayangan optimis Wan Azizah menyamai impian suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri.
“Saya tidak fikir sejauh
itu cita-cta Wan Aziah, kecuali jika beliau mengikut telunjuk Anwar,
sepertimana berlaku di DUN Kajang,” tegasnya.
Tambah beliau lagi,
berikutan kemenangan Wan Azizah pada PRK DUN Kajang semalam, ada pihak meramalkan
beliau bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Seri
Khalid Ibrahim.
“Ada yang kata Wan Azizah
bakal dilantik Menteri Besar, soalnya kemana pula Khalid hendak dibuang?, ujarnya
sambil mendakwa Anwar sebagai perancang utama dalam percaturan tersebut.
Katanya, perancangan Anwar
untuk menyingkirkan Khalid bukan lagi satu rahsia dan tidak mengejutkan jika Wan
Azizah dilantik sebagai Menteri Besar yang baru.
Bagaiamanapun kata Syed Ali
lagi, kedudukan Timbalan Presiden PKR, Aznmin Ali juga perlu diberikan perhatian
kerana turut bercita-cita menduduki kerusi Menteri Besar.
“Hubungan Azmin- Khalid
sudah lama renggang bersabit jawatan Menteri Besar, sekarang dikaitkan pula dengan Wan Azizah, bermakna
perjuanga mereka hanya untuk mengejar jawatan dan kedudukan,” tegasnya.
Oleh sebab itu katanya,
Anwar sanggup menawarkan diri bertanding di DUN Kajang tetapi terhalang
berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu memutuskan beliau bersalah
meliwat Mohd. Saiful Bukhari.
Berikutan itu, Anwar
menamakan Wan Azizah sebagai pengganti beliau walaupun tindakan tersebut
dikatakan tidak disenangi sekutu politiknya; PAS dan DAP.
Pada PRK DUN Kajang
semalam, Wan Azizah menang dengan majoriti 5,799 undi.
Beliau mendapat 16,741
undi menyingkirkan calon Barisan Nasional (MCA), Datin Paduka Chew Mei Fun yang memperolehi
11,362 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan