Ketua UMNO Bahagian Cheras
itu mendakwa gambar berkenaan cuba mengajak pengundi DUN Kajang supaya
bersimpati dengan nasib Anwar yang
didapati bersalah kerana meliwat.
“Gambar beliau berdoa itu sebenarnya
tidak ada kaitan langsung dengan kepentingan pengundi DUN Kajang, “ tegasnya.
Tambah beliau, gambar Wan
Azizah sedang berdoa itu juga sekadar gimik menagih simpati rakyat pada Pilihan
Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini.
“Jika diamati, gambar Wan
AziZah berdoa itu bukan untuk kesejahteraan pengundi di DUN Kajang, tetapi demi
kepentingan suaminya,” tegas beliau.
Katanya lagi, Wan Azizah mengemis simpati kononnya Anwar tidak bersalah dalam perbicaraan kes liwat 2.
Bagaimanapun beliau yakin
pengundi DUN Kajang tidak mudah terpedaya dengan telatah Wan Azizah.
Beliau juga mendakwa perjuangan
PKR hanya untuk kepentingan politik Anwar yang mendapat belas ehsan daripada DAP, parti rasis yang sentiasa mencurigai kepentingan orang Melayu.
Katanya, PKR juga hanya sebagai
jambatan kepada Anwar untuk memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri bagi membalas dendam politiknya terhadap pemimpin UMNO.
Bagaimanapun tegas Syed
Ali, impian Anwar tidak akan kesampaian kerana rakyat khususnya orang Melayu menolak pemimpin yang
terjebak dengan masalah moral yang menjijikkan.
“Apatah lagi menyokong
gerakan lesbian dan budaya seks songsang, yang jelas amat bertentangan dengan syariat Islam,” tegasnya.
PKR jelas beliau, tidak
meletakkan kepentingan rakyat sebagai teras utama perjuangan mereka.
Oleh sebab itu kata
beliau, rakyat sengaja diheret dalam beberapa perhimpunan haram yang didalangi
Anwar.
“Anwar menyalakan api kebencian,
mengajak rakyat menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih rakyat
secara sah,” ujarnya.
Malah ujar beliau, Anwar
sanggup memperbodohkan rakyat kononnya kerajaan tidak cekap mengurus isu
kehilangan pesawat MH370.
“Anwar kata dia lebih
cekap, ini semua cerita kartun yang cuba
dibawa pembangkang,” katanya.
Katanya, provokasi
tersebut sebagai usaha mencetuskan rasa ketidakpercayaan rakyat terhadap
kerajaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan