"Melucukan, Wan Azizah (Datin Seri) Ismail dakwa berjuta rakyat Malaysia menangis apabila suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman lima tahun kerana kesalahan meliwat,” kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Katanya, tidak ada sebab mengapa
rakyat negara ini perlu menangis kerana Anwar didapati bersalah meliwat.
“Kes tersebut kes liwat, seks
songsang, jadi kenapa nak beritahu bahawa rakyat menangis, siapa Anwar ? soal
beliau.
“Mungkin ada seorang dua
penyokong PKR menangis dan bersedih kerana bersimpati dengan Anwar.
Tambah beliau, masalah
peribadi Anwar tidak sewajarnya dipolitikkan sehingga menuduh sistem kehakiman
tidak adil.
Wan Azizah kata Syed Ali,
terpaksa bertungkus-lumus cuba memberi gambaran kepada umum bahawa Anwar telah dizalimi.
“Beliau masih cuba 'menegakkan benang basah', tidak mahu terima hakikat dan keputusan perundangan,”
katanya.
Oleh sebab itu katanya, Wan
Azziah cuba memanipulasikan isu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahamd
Shah kononnya menangis apabila keputusan liwat 2 diumumkan mahkamah baru-baru
ini.
Wan Azizah merujuk kepada
laporan sebuah tabloid United Kingdom (UK), Daily
Mail yang menyatakan kapten Zaharie, yang juga anggota PKR sebagai ‘fanatik
politik’.
Kenyataan Wan Azizah
disiarkan oleh portal berita
pro-pembangkang, malaysiakini.com
semalam.
Wan Azizah turut menafikan
pakatan pembangkang mempolitikkan insiden kehilangan pesawat MH370 tetapi
menegaskan kerajaan lemah menguruskan krisis tersebut.
Mengulas lanjut, Syed Ali
mendakwa Wan Azizah berada di dalam keadaan tertekan untuk berdepan dengan
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini.
Oleh sebab itu katanya,
apa sahaja isu semasa yang berlaku akan dimanipulasikan untuk kepentingan kempen
pembangkang.
“Ini termasuk isu MH370,
dia dakwa kerajaan lemah tetapi sejak awal insiden itu berlaku pembangkang
hanya menyalahkan kerajaan,” ujarnya.
Malah tegas beliau,
pakatan pembangkang menjadikan
kehilangan pesawat MAS MH370 sebagai salah satu agenda politik dalam
ceramah mereka.
“Mereka tunding jari
kepada kerajaan dengan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif, sepatutnya mereka
bersama kerajaan kerana ianya isu negara dan melibatkan nyawa orang awam,” tegasnya.

Menyifatkannya sebagai
usaha terakhir pembangkang dalam kempen PRK DUN Kajang, beiau menambah pengundi telah
menolak kehadiran beliau.
“Pengundi di DUN Kajang
bukannya buta untuk menilai percaturan politik Wan Azizah dan Anwar,” katanya.
Sebaliknya dakwa beliau,
Anwar menggunakan DUN Kajang sebagai ‘papan catur’ untuk menghidupkan nyawa
politkknya.
Oleh sebab itu katanya, Anwar menamakan Wan Azizah sebagai calon pengganti
setelah beliau disabitkan bersalah dalam kes meliwat.
“Anwar sedang berusaha
untuk meneruskan penguasaan keluarganya dalam politik walaupun Wan Aziah dijadikan
calon boneka PKR,” tegasnya.
Rakyat menangis kerna bersyukur anwar akan di reban ayamkan..
BalasPadam