Halaman

Isnin, 17 Mac 2014

Syed Ali nasihatkan pembangkang perlu rasional dalam isu kehilangan pesawat MH370

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan kehilangan pesawat MH370 tidak sepatutnya dijadikan isu politik pihak tertentu untuk memburkkan-burukkan kerajaan.

Beliau kesal kerana pihak pembangkang menjadikan isu kehilangan pesawat tersebut sebagai agenda ceramah politik mereka dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas.

Katanya, pembangkang sengaja mengambil kesempatan memutarbelitkan fakta untuk disesuaikan dengan agenda politik mereka bertujuan menyemarakkan keresahan rakyat terhadap kerajaan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab ini kata beliau, sedikit-sebanyak boleh menggangu siasatan pihak berkuasa disamping menimbulkan salah tafsiran keluarga yang terbabt.

“Malah ada yang mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun keatas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan kesalahan meliwat,” tegasnya.

Katanya, isu Anwar merupakan soal peribadi beliau manakala kehilangan pesawat tersebut membabitkan  nyawa penumpang dan anak kapal.

“Mengapa pembangkang ghairah sangat mengaitkan apa sahaja isu yang melanda negara dengan kes Anwar, apakah Anwar itu manusia paling bersih, suci dan maksum sehingga tidak boleh dipersoalkan,” sioal beliau.

Pembangakang katanya, sepatutnya menunjukkan teladan yang baik untuk bersama pihak kerajaan dalam menangani kes tersebut kerana ianya merupakan isu keselamatan negara.

Tambah Syed Ali lagi, pembangkang perlu rasional kerana kehilangan pesawat tersebut membabitkan nyawa manusia dan kepentingan nasional.

“Ini bukan isu politik, ini melibatkan nyawa manusia, perasaan kaum keluarga yang terbabit dan juga melibat soal keselamatan negara.

Malah beliau menyelar pihak tertentu yang turut menyebar pelbagai spekulasi dan andaian tidak berasas menerusi laman-laman sosial sehingga menimbulkan keresahan  di kalangan rakyat.

Sepatunya jelas beliau, mereka berkopngsi kepahitan kesan kehilangan pesawat tersebut dan memberikan sokongan kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dan tanggungajwab mereka.

“Saya lihat menerusi laman-laman sosial ada kecaman dan kritikan yang kurang wajar, ini kemungkinan boleh memberi implikasi negatif terhadap usaha pencarian yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa,” tegasnya.


Beliau kesal kerana ada pihak menunding jari terhadap kerajaan berhubung insiden tersebut sedangkan pihak berkuasa telah dan sedang bertungkus lumus meneruskan operasi mencari dengan bantuan aset luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan