KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mencari helah melengah-lengahkan kes liwat yang dihadapinya bagi membolehkan beliau bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata kes liwat membabitkan Anwar sudah beberapa kali ditangguhkan sehingga menimbulkan prejudis di kalangan rakyat.
Katanya, rakyat sudah bosan dengan taktik licik Anwar yang sudah beberapa kali mencari helah supaya kes tersebut ditangguhkan.
"Anwar memang licik untuk melepaskan diri dan menjelang PRK DUN Kajang, sekali lagi dia berjaya menangguhkan rayuan kes liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan," ujarnya.
Beliau menyifatkan penangguhan kes tersebut sebagai sesuatu yang kemungkinan disengajakan oleh para peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh.
Tambah Syed Ali lagi, Anwar sebenarnya terlalu takut untuk berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung kes tersebut.
Katanya, jika Anwar berpegang kepada prinsip 'berani kerana benar' pasti beliau tidak bersusah payah untuk sengaja melengah-lengahkan keputusan kes liwat yang dihadapinya.
Tetapi dalam kes membabitkan Saiful, beliau berkata Anwar berada ditahap kebimbangan yang amat serius kerana jika keputusan tidak memihak kepada beliau bermakna masa depan politiknya akan hancur.
"Oleh sebab itu, Anwar beria-ia menawarkan dirinya bertanding pada PRK DUN Kajang dan menduduki kerusi Menteri Besar Selangor walaupun tidak direstu oleh PAS dan DAP," tegasnya.
Beliau berpendapat, jika sebutan rayuan kes liwat itu diputuskan mahkamah sebelum PRK DUN Kajang akan memberi risiko terlalu besar kepada masa depan Anwar dan PKR.
Justeru kata Syed Ali, beliau sudah menjangkakan bahawa sebutan kes tersebut di Mahkamah Rayuan semalam akan ditangguhkan sepertimana yang berlaku sebelum ini.
"Kita tidak menolak kemungkinan barisan peguambela yang mewakili Anwar sengaja mencari helah supaya kes tersebut ditangguhkan selepas PRK DUN Kajang," ujarnya.
Bagaimanapun kata beliau, pengundi DUN Kajang tidak lagi mudah diperdayakan setelah mereka dipermainkan oleh wakil rakyat PKR sebelum ini.
"Pada hemat saya, pengundi DUN Kajang sudah serik untuk berwakilkan pemimpin yang pentingkan diri sendiri dan bergelumang dengan kes moral yang menjijikkan," katanya.
Tambah beliau lagi, pengundi DUN Kajang sepatutnya memberikan hukuman sewajarnya terhadap Pakatan Rakyat (PR) kerana telah menipu sokongan yang diberikan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.
"Cukuplah sekali kena tipu oleh PKR dan kini giliran Anwar pula untuk meneruskan siri pembohongannya kerana kuasa politik dan untuk menyelamatkan diri daripada pertuduhan kes meliwat," tegasnya.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan rayuan kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari yang dijadualkan didengar semalam (Rabu) dan hari ini ditangguhkan atas permohonan pihak pembelaan yang ingin mengemukakan rayuan terhadap keputusan semalam.
Mahkamah menetapkan 28 Februari ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui status rayuan pihak pembelaan itu.
Sebelum itu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat, Supritendan Judy
Blacious Pereira memberi keterangan bagi membolehkan beliau mencabar
kredibiliti saksi pendakwaan itu dalam kes liwat yang dihadapinya.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali memutuskan demikian
sebulat suara selepas mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi kesemua
syarat yang diperlukan bagi membolehkan bukti atau keterangan baharu dimasukkan
sebagai bahan bukti dalam kes tersebut.
Peguam, Karpal Singh yang mewakili Anwar sebelum itu memohon
penangguhan rayuan kes liwat itu kerana pihaknya akan memfailkan rayuan tetapi
dibantah oleh peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai
barisan pendakwaan.
Tegas Muhammad Shafee, rayuan kes liwat telah mengambil masa yang
lama dan masih belum didengar sehingga hari ini.
Hakim Aziah yang bersidang bersama Hakim Datuk Rohana Yusuf dan
Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh bagaimanapun membenarkan penangguhan itu.
"Kami telah membuat pertimbangan iaitu walaupun kami inginkan
rayuan kes
Sementara itu, Muhammad Shafee ketika ditemui selepas tamat
prosiding menyifatkan rayuan berhubung permohonan itu hanyalah taktik untuk
melengah-lengahkan rayuan kes liwat itu.
Muhammad Shafee juga mendakwa, tindakan pihak pembelaan yang hanya
memberikan jawapan kepada hujahan pihak pendakwa dalam rayuan kes liwat pada
hari ini juga adalah tindakan melengah-lengahkan kes.
"Saya akan menulis surat rasmi kepada pendaftar Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Persekutuan agar kedua-dua rayuan dipercepatkan,"
katanya.
Rayuan kes liwat itu telah ditangguhkan sebanyak tiga kali sejak
Disember 2013.
Anwar, 67, dilepas dan dibebaskan pada awal 2012 daripada tuduhan
meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara,
No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01
petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Di mahkamah dunia Anwar mungkin licik,tapi belaiu tidak mungkin lari dari mahkamah akhirat,malahan mungkin juga beliau bakal menerima hukuman yg lebih pedih dari terpenjara di dunia ini juga nanti,mana tahu.
BalasPadam