Katanya, semasa berada di dalam kabinet selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri beliau gagal melunaskan janji kononnya untuk membela nasib minoriti kaum India terutama pengikut Hindraf.
"Kerana tidak mampu tunaikan janji, dia mula menyerang Najib dengan pelbagai tduhan melampau termasuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan," tegasnya.
Katanya, Warthamoorthy sepatutnya berterima kasih kepada Najib yang telah membawa masuk beliau ke dalam kerajaan dengan diberikan jawatan Senator dan Timbalan Menteri.
Syed Ali menyifatkan perbuatan Waythamoorthy sebagai biadap dan sengaja mencemarkan nama baik Perdana Menteri dengan isu perkauman membabitkan kepentingan Hindraf.
"Kenapa dia jadi besar kepala ? sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan khususnya Najib yang melantik beliau sebagai Timbalan Menteri sedangkan pada suatu ketika rakyat tahu Hindraf adalah pertubuhan pelampau," tegasnya.
Beliau mengecam sikap Waythamoorthy yang dilihat cuba mengugut pentadbiran Najib dengan melemparkan pelbagai tuduhan dengan berselindung di sebalik kepentingan kaum India.
"Pada hakikatnya, majorirti kaum India di negara ini tidak bergantung harap kepada Hkndraf dan Waythamoorty," ujarnya lagi.
Selama ini pun tambah beliau, Hindraf tidak nampak membela nasib kaum India sepertimana yang didakwa oleh Warthamoorthy.
"Mungkin ada segelintir atau kumpulan minoriti yang mereka bantu, tetapi dilaungkan kononnya untuk kepentingan masyarakat india.
Tambah beliau lagi, Hindraf bukan pertubuhan bertangungjawab membela nasib kaum India di negara ini yang telah menikmati pelbagai kemudahan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Sebelum adanya Hindraf, orang India di negara ini sudah dibantu oleh kerajaan dan berjaya membaiki kehidupan mereka kerana adanya kerajaan BN
Sehubungan itu kata Syed Ali, kerajaan tidak perlu melayan kerenah Pengerusi Hindraf itu yang didakwanya sebagai cuba menangguk di air keruh demi kepentingan peribadi.
Malah katanya, Hindraf merupakan pertubuhan radikal yang pernah bersama pembangkang mengadakan demontrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib.
"Rekod Hindraf sememangnya buruk, tidak pernah cemerlang, dipenuhi dengan elemen mendesak dan melakukan ugutan, " tegasnya.
Beliau mengulas kenyataan media Menteri Pertahanan, Datuk Seri HishamudinTun Hussein yang juga Naib Presiden UMNO berhubung isu Waythamoorthy.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Hishamuddin.
Tindakan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur hanya kerana tidak memenuhi tuntutan beliau, adalah biadap dan melampaui batas.
Sikap pemimpin Hindraf itu yang cuba menyalahkan kerajaan khususnya Perdana Menteri pada hakikatnya merupakan mainan politik beliau dalam menutup sikapnya yang lebih mementingkan diri sendiri.
Tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut agar semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik, seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.
Beliau perlu ingat, ramai lagi pemimpin masyarakat dan pertubuhan NGO di Malaysia yang telah memperjuangkan nasib kira-kira 2 juta kaum India di negara ini. Saya sendiri selaku Ahli Parlimen Sembrong telah banyak membantu kaum India di Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya tidak dapat menerima tindakan Waythamoorthy menyerang kembali kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri. Keputusan beliau memilih meletakkan jawatan setelah hanya 9 bulan di dalam pentadbiran merupakan satu perbuatan khianat yang ternyata membelakangkan semangat setiakawan dalam kerajaan.
Beliau sendiri tidak pernah datang berjumpa dan berbincang dengan saya dalam hal ini, apatah lagi membentangkan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan atau Ternyata, Waythamoorthy masih terpengaruh dengan corak pendekatan politik yang dilakukan oleh Hindraf iaitu melalui desakan dan tekanan. Beliau perlu memahami bahawa corak kepimpinan kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan sikap demokrasi dan toleransi tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
Peluang berada dalam kabinet kerajaan sepatutnya digunakan sebaik mungkin jika benar-benar beliau ikhlas mahu membantu membela nasib kaum India. Saya yakin majoriti masyarakat India amat menghargai sumbangan Perdana Menteri dan kerajaan BN kepada mereka serta tidak akan terpengaruh dengan pemimpin berfikiran sempit seperti Waythamoorthy.
Kerajaan BN, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sejak dulu lagi telah dan sentiasa berusaha membantu membela masyarakat India tanpa mengira Sebagai contoh dalam usaha membangun dan meningkatkan jumlah sekolah jenis kebangsaan tamil di negara ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009. Ini termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan tahun 2013.
Kerajaan juga memperuntukkan peruntukan khas RM20 juta kepada 13 SJKT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan penyelengaraan bangunan pada tahun 2013.
.
laaa memanglah keling ni macam ni perangani nya dari dulu lagi....tapi yang aku heran apasal Najib ambil dia jadi tim.menteri??????knape....knape
BalasPadamBila wakil hindraf berpaling pd DS Najib, pelbagai kencaman dibuat, memang patut pun, cuma bila Dr Kasim Ahmad n Dr M, menghina hadis Rasul, tiada suara kecaman pun kedengaran dr Parti kita ini, apa sebenarnya rahsia disebalik ini.
BalasPadamkata Parti kita tunjang pd Islam ..