Halaman

Selasa, 25 Februari 2014

Sokong saranan Zahid Hamidi : Pemimpin UMNO jangan defensif - Syed Ali

DATUK Seri Syed Ali Alhabshee berkata, selagi pemimpin UMNO mengambil sikaf defensif akan memberi ruang kepada pembangkang untuk dilihat lebih berani menjuarai isu semasa.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, pembangkang pada hakikatnya tidak kuat sepertimana yang digambarkan sebaliknya hidup atas sikap pemimpin UMNO yang masih takut untuk bersuara.

"Pemimpin UMNO takut untuk bersuara, takut untuk menyerang pembangkang sepertimana mereka lakukan terhadap UMNO," tegasnya.

Pembangkang dakwa beliau, sengaja melancarkan perang propaganda termasuk provokasi dan pembohongan untuk mengubah persespsi rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

"Kita tahu apa yang pembangkang cakap itu tidak betul, fitnah, tetapi malangnya kita tidak berani untuk menepisnya, membiarkan isu tersebut berlarutan," ujarnya.

Sehubungan itu kata Syed Ali, beliau menyambut baik saranan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya pemimpin UMNO menggunakan pendekatan seperti yang diamalkan oleh pembangkang.


"Saya bersetuju dengan pandangan Zahid, selagi kita berpeluk tubuh dan takut untuk menentang pembangkang, selagi itulah UMNO dipandang lemah," tegasnya.

Pada Majlis Makan Malam Amal Perdana Bersama Pemimpin anjuran Veteran UMNO Melaka di Dewan Tun Ali, Bukti Katil, Melaka semalam, Zahid menegaskan pemimpin UMNO di negeri yang dikuasai pembangkang perlu berani dan berfikiran seperti pembangkang.


"Bukan menyerang peribadi tetapi menyerang menggunakan fakta dengan persepsi yang selama ini menganggap kita (UMNO) salah," tegas Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata persepsi yang ditanam pembangkang kononnya UMNO lemah dan terdesak perlu diperbetulkan dengan menyerang balik dakyah tersebut.

"Selagi kita bersifat defensif, orang akan lebelkan kita (UMNO) sememangnya lemah dan takut, tanggapan sebegitu perlu diubah sepertimana yang suarakan oleh Zahid," ujarnya.

Justeru kata beliau, seluruh kepimpinan UMNO perlu mengggunakan apa  sahaja ruang yang ada khususnya menerusi laman-laman sosial untuk menyerang balas pembangkang yang menmggunakan saluran yang sama untuk memfitnah.

"Kita kena perbetul dan perjelaskan kepada rakyat bahawa apa yang dsebarkan oleh pembangkang adalah pembohongan dan fitnah semata-mata dan bertujuan memecahbelahkan perpaduan rakyat," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali mengingatkan parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang 23 Mac ini, supaya tidak mengamalkan budaya politik ganas dan adu domba,

Ini katanya, setiap kali berlakunya PRK akan berlaku keganasan politik sehingga membawa kepada pergaduhan sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

Berdasarkan PRK sebelum ini katanya, pembangkang sengaja melakukan provokasi dan bertindak ala-samseng bagi mencetuskan suasana tidak tenterram.

"Bila berkempen, akan berlaku provokasi berbau hasutan yang akhirnya membawa kepada ketegangan membabitkan penyokong parti, ini perlu yang perlu dielakkan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan