Halaman

Khamis, 6 Februari 2014

Syed Ali kecam Guan Eng kaitkan tiada kenaikan bayaran tol dengan PRK Kajang

KETUA Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengecam keras Lim Guan Eng yang mengaitkatkan keputusan kerajaan tidak menaikkan kadar bayaran tol dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini.
"Keputusan tidak menaikkan tol adalah bukti keperihatin kerajaan kepada masalah rakyat, ini bukan agenda politk sepertimana dakwaan DAP,' tegasnya.
Beliau menyangkal tuduhan Setiausaha Agung DAP itu bahawa kerajaan bersikap orputunis dan untuk memenangi hati pengundi DUN Kajang berikutan keputusan tersebut.
"Keputusan kabinet tidak menaikkan bayaran tol di semua lebuh raya tidak ada kena mengenai dengan PRK DUN Kajang, ianya satu keputusan terbaik kerajaan setelah mendengar rungutan rakyat," tegasnya.
Tambah beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersikap terbuka dan bersedia mendengar teguran, saranan dan rintihan rakyat terutama ketika berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.
"Kerajaan BN bersikap realistik, sebaliknya pemimpin DAP yang hipoikrit, oportunis dan sentiasa berfikiran negatif terhadap usaha kerajaan BN membela nasib rakyat," tegasnya.
DAP tambah beliau, parti rasis yang akan sentiasa memutarbelitkan apa sahaja dilakukan kerajaan BN bertujuan meraih populariti dan untuk kepentingan agenda politkk mereka.
"Parti pembangkang termasuk DAP sentiasa buruk sangka dan membangkang apa sahaja yang dilakukan kerajaan walaupun tindakan itu untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum," katanya.
Syed Ali menjelaskan, tindakan Guan Eng mengeksploitasikan keputusan kabinet menunjukkan parti pembangkang sudah kehabisan modal politik terutama untuk memenangi hati pengundi di DUN Kajang.
"Pakatan pembangkang sebenarnya takut untuk berdepan dengan pengundi DUN Kajang setelah membohongi dan mempermainkan pengundi di kawasan berkenaan berikutan perletakkan jawatan wakil rakyatnya tanpa alasan munasabah," ujarnya.
Beliau seterusnya menasihati Guan Eng supaya lebih bersikap terbuka dan tidak bersifat busuk hati terhadap kerajaan pusat yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.
Menerusi portal berita hari ini, Guan Eng mendakwa tindakan kerajaan membekukan kenaikan tol bagi 2014 merupakan satu taktik oportunis dan sebagai usaha untuk memenangi hati pengundi bagi PRK DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac ini walaupun terpaksa membayar RM400 juta kepada syarikat konsesi.
Beliau dipetik sebagai berkata, BN hanya berubah nada, namun tidak pada kata-katanya dalam hal pembekuan kenaikan kadar tol selama setahun walaupun pernah berjanji untuk mengurangkan kadar tol di antara bandar dalam manifesto mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Pengumuman yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin bahawa Kabinet tidak akan mengenakan sebarang kenaikan tol pada 2014 adalah satu taktik oportunis yang jelas digunakan oleh BN untuk menyenangkan hati pengundi BN di Kajang pada 23 Mac 2014.
Timbalan Perdana Menetri mengumumkan kadar tol lebuh raya di seluruh negara tidak akan dinaikkan tahun ini dalam usaha kerajaan untuk tidak membebankan rakyat.

beliau mengumumkan keputusan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Khas Menangani Kos sara Hidup Rakyat di Putrajaya, semalam.

Muhyiddin juga memberitahu jawatankuasa tersebut turut memutuskan supaya Kementerian Kerja Raya membuat kajian menyeluruh mengenai konsesi tol dengan semua syarikat konsesi.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata keputusan kerajaan telah disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat sambil berharap semakan dengan pemegang konsesi tersebut tidak akan membebankan rakyat di masa akan akan datang.
"Semua pihak sambut baik keoputsuan kerajaan, cuma DAP yang berhati busuk cuba mengaitkan dengan situasi politk di DUN Kajang, ini anggapan liar dan tidak bertanggungjawab," tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan