DAP dinasihatkan supaya
menghentikan provokasi perkauman bagi mengelak ketegangan antara kaum terus berpanjangan, kata Ketua UMNO Bahagian
Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Menurut beliau, akibat
provokasi berbau perkauman yang dinyalakan oleh pembangkang telah mencetuskan
keresahan di kalangan rakyat di negara ini.
“Hari ini sudah wujud rasa
curiga - mencurigai antara satu sama lain akibat sentimen perkauman yang dmainkan
oleh DAP,” tegasnya.
Katanya, DAP menggunakan perpecahan
kaum dalam masyarakat bagi mencapai agenda politik mereka.
Beliau juga kesal perbuatan tidak bertanggungjawab DAP turut mendapat sokongan daripada PAS dan PKR, parti yang mendakwa turut mewakili kumpulan minoriti orang Melayu.
“Mereka (pembangkang)
mahukan supaya berlaku ketegangan antara kaum bagi memudahkan mereka memainkan
jarum untuk berkuasa.
Beliau berkata, DAP
sengaja mencetuskan provokasi yang turut berbau hasutan bagi membangkitkan
kemarahan orang Melayu.
Parti itu katanya, terus
menyemarakkan politik rasis dengan mendorong orang China menolak kerajaan Barisan
Nasional (BN).
Katanya, DAP menyebarkan
slogan bahawa menolak BN bermakna melenyapkan penguasaan orang Melayu dalam politik.
Malah tegas beliau, DAP turut mendakwa
orang Cina di negara ini terus tertekan dan dinafikan hak mereka oleh BN berbanding
orang Melayu.
“Jika agenda jahat DAP untuk menguasai negara ini
berjaya, akhirnya orang Melayu akan menangis di tanahairnya sendiri,” tegas
beliau.
“Itulah agenda sebenar
DAP, berazam lenyapkan penguasaan politik orang Melayu bagi memudahkan mereka mengubah
beberapa perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan.
“Ini terbukti pada Pilihan
Raya Umum (PRU) ke-13 di mana majoriti pengundi Cina memberikan undi kepada
parti pembangkang,” ujarnya.
Syed Ali kesal kerana DAP terus
mempertikaikan kedudukan orang Melayu, hak-hak bumiputera serta institusi raja-raja
Melayu serta Islam agama rasmi negara.
Beliau seterusnya mendakwa
pemimpin DAP bertanggungjawab memulakan politik perkauman dengan memainkan
sentimen agama.
“DAP, parti rasis yang
memulakan api perkauman, mereka pernah mempertikaikan azan, mempersoalkan
perarakan Maulidul Rasul dan menghina syariat Islam dengan pelbagai cara,”
katanya.
Terbaru kata beliau,
pemimpin DAP menghina orang Melayu menerusi video klip Tahun Baharu Cina menerusi Youtube disamping
mengkritik kandungan khutbah Jumaat,” katanya.
Beliau menegaskan, parti
yang tebal dengan sikap perkauman itu tidak sewajarnya mempolitikkan hak-hak
berikut kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Sedangkan orang Melayu
kata Syed Ali, tidak pernah mempersoalkan agama dan budaya mereka kerana menghormati semangat
toleransi antara kaum yang sudah terjalin selama ini.
"Orang Melayu khususnya umat Islam tidak pernah ganggu urusan ibadat dan budaya mereka," ujarnya.
Malah kata Syed Ali, DAP
juga turut menyuburkan budaya bencikan pemimpin di kalangan generasi muda bukan
Melayu.
Beliau menyebut contoh
bagaimana gambar pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak
dibaling objek dan dipijak-pijak di khalayak umum.
Malah baru-baru ini katanya,
pemimpin DAP sengaja memulakan provokasi dengan menyuapkan kangkung ke dalam
mulut replika menyerupai wajah Perdana Menteri.
“Gerakan ini amat berbahaya
kapada masa depan orang Melayu,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mahu Kementerian Dalam Negeri
(KDN) mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin DAP yang bertanggungjawab menyalakan
provokasi dan sentimen agama berbau hasutan.
“Ini satu aliran budaya kurang sihat yang dipelopori
oleh DAP, kerajaan harus bertegas dan tidak berkompromi,” ujarnya.
Beliau bimbang kegagalan pihak berkuasa menangani isu-isu
perkauman yang disemarakkan oleh DAP akan menghancurkan perpaduan rakyat.
Datuk, cakap sudah , nasihat pun sudah apa depa mau lagi. Apa kerajaan nak buat ? Najib tak ada .......! Mana Zahid ? Masa AGM UMNO bukan main garang lagi sekarang dah senyap dan sunyi. Apa nak jadi dgn pemimpin UMNO. Pemuda pun layu! Saya ahli UMNO Cheras.
BalasPadam