Halaman

Rabu, 29 Januari 2014

Syed Ali jawab cabaran Azmin ; Bukan taraf Najib lawan pembohong, penyangak politik seperti Anwar


"BUKAN taraf Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Sebaliknya kata beliau, berdasarkan kepada 'cerita peribadi' Anwar, Ketua Pembangkang itu hanya layak dicabar oleh Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian UMNO.

Katanya, melayan kerenah Anwar hanya membuang masa kerana Perdana Menteri mempunyai tugas dan tanggungjawab yang lebih besar untuk rakyat.

Lagipun jelas beliau, tidak ada sebab mengapa Najib perlu melayan kerenah pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang jelas sentiasa membohongi rakyat khususnya di DUN Kajang.

"Pemimpin politik yang suka berbohong, hidup atas isu fitnah dan provokasi seperti Anwar tidak sepatutnya dilayan," tegasnya.

Anwar kata beliau, hanya seorang penyangak politik yang 'sudah terbuang' kini sudah tidak ada tempat di hati orang Melayu di negara ini.

"Kalau ada pun hanya segelintir, seperti Azmin Ali yang berkepentingan dan termakan budi," ujarnya lagi.

Oleh sebab kata Syed Ali lagi, jika Najib bertanding di DUN Kajang hanya membuang masa kerana melayani kerenah seorang pemain politk yang hanya rakus kepada jawatan.

"Anwar bukan taraf pemimpin bertanggungjawab, hanya pemain politik kotor yang tergila-gilakan jawatan PM, jadi orang seperti itu tidak seharusnya dilayan.

Beliau memberikan reaksi terhadap cabaran Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR supaya Najib bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang menentang Anwar.

Menurut Syed Ali, Azmin sengaja mencipta 'gimik politk' untuk mengalih perhatian umum terhadap pergolakan yang sedang berlaku dalam parti itu.

"Azmin sepatutnya jawab secara terbuka sejauhmana hubungan beliau dengan Khalid (Tan Sri) Ibrahim dan kekecewaannya kerana masih gagal menjadi Menteri Besar Selangor," ujarnya.

Azmin juga kata Syed Ali,perlu menjelaskan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS dan PKR mengenai tindakan ADUN Kajang mengosongkan kerusi berkenaan tanpa sebab yang wajar.

Beberapa laman sosial hari ini menyiarkan kenyataan Azmin yang mencabar UMNO supaya mencalonkan Najib bersaing merebut kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh Lee Chin Che.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan